Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan MyKid bagi tahun 2024 & 2025 yang dulu ditangguhkan kini dibuka semula.
bagi mereka yang selesai pembuat permohonan pada sebelum tarikh ia di tangguhkan, sekiranya anda masih menyimpan resit, pemohon boleh terus membuat pengesahan cetakan di portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara sebelum pergi ke Pejabat JPN untuk membuat kutipan.
Bagi menggalakkan seluruh rakyat malaysia untuk membuat semakan semula tanpa ada yang terlepas pandang, pihak JPN telah memangjangkan tempoh semakan selama 3 bulan bermula dari 29 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024.
Sekiranya tiada semakan dan pengesahan dibuat dalam tempoh yang telah diberikan, maka status permohonan sedia ada akan terbatal dan pemohon perlu mengemukakan permohonan yang baharu.
Kenyataan Media Permohonan Mykad Jabatan Pendaftaran Negara
Cara permohonan Mykid 2024 & 2025
Mykid boleh dimohon untuk kegunaan kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur kurang daripada 12 tahun. Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang sangat berguna , 3 aplikasi utama tersebut adalah :
- Aplikasi JPN (Data Kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Tarikh permohonan telah dibuka semula bermula 27 Julai 2024. permohonan MyKid boleh dibuat dimana mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara seluruh Malaysia.
Sebelum menghadirkan diir ke JPN untuk membuat permohonan MyKid, anda perlulah terlebih dahulu memastikan segala dokumen yang diperlukan lengkap dibawa bersama untuk mengelakkan sebarang kesulitan sewaktu proses permohonan.
antar dokumen yang perlu dibawa bersama ketika membuat permohonan MyKid adalah seperti berikut :
- Sijil kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan Ibu
- Salinan Kad Pengenalan Bapa
- Salinan asal Sijil Nikah
Cara Semakan Status MyKid Secara Online
Sekiranya permohonan telah diterima di Jabatan Pendaftaran Negara, anda perlu menyemak status permohonan anda secara Online, Semakan secara Online boleh dilakukan di Pautan Rasmi Semakan JPN : http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
- Skrin Utama sistem semakan status permohonan MyKid akan dipaparkan apabila pengguna berjaya mengakses sistem semakan JPN.
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti
- No MyKid
- Captcha
- Klik butang “Semak” untuk teruskan
- Status permohonan akan dipaparkan
Sekiranya sistem semakan permohonan MyKid menunjukkan status permohonan “MyKid sedia untuk diambil” . bermaksud anda boleh menghadirkan diri ke Jabatan Pendaftaran Negara dimana anda membuat permohonan MyKid untuk membuat proses kutipan MyKid tersebut.
Maklumat Penting mengenai Permohonan MyKid :
Permohonan MyKid adalah untuk permohonan kali pertama sahaja, Tiada permohonan dibuka untuk kes-kes yang berikut:
- ROSAK
- HILANG
- KAD LUPUS
Semakan Lanjut Permohonan Mykid 2024 & 2025
Semakan Lanjut boleh dibuat di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Negara di Pautan : https://www.jpn.gov.my/my/
Baca Juga :
Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.