Permohonan MySubsidi Diesel (SKDS & Fleet Card)

Permohonan dan syarat MySubsidi Diesel – Pada 10 Jun 2024, tepat jam 12.00 tengah malam, kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi diesel di semua stesen minyak Semenanjung Malaysia.

Bagi yang memenuhi syarat, peluang untuk memohon subsidi ini adalah terbuka melalui portal MySubsidi Diesel. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi panduan mengenai subsidi diesel serta syarat-syarat kelayakan.

Apa itu MySubsidi Diesel?

Pada tahun 2001, kerajaan pada belanjawan 2002 telah memperkenalkan subsidi diesel sebagai langkah untuk menyokong ekonomi negara. Kini, pada tahun 2024, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal telah memperkenalkan platform terbaru bernama MySubsidi Diesel.

Platform ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada semua rakyat Malaysia yang layak, sama ada individu atau syarikat, untuk memohon subsidi diesel dengan lebih efisien . Ianya dikhususkan untuk penggunaan kenderaan awam dan pengangkutan barang yang terpilih.

melalui ‘’fleet card”. subsidi diesel tidak hanya memudahkan proses permohonan, tetapi juga memastikan subsidi diesel dapat diterima oleh mereka yang sepatutnya tanpa ada kes penyelewengan subsidi.

Pelaksanaan Subsidi Diesel di Semenanjung Malaysia

Kementerian Kewangan baru sahaja mengumumkan harga baharu diesel, yang akan dikuatkuasakan pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun 2024, jam 12.00 tengah malam di stesen minyak di Semenanjung Malaysia. Pengumuman ini melibatkan implementasi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), di mana 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati subsidi diesel melalui penggunaan “fleet card’’.

Bagi syarikat pengangkutan yang telah mendapat kelulusan SKDS tetapi masih menunggu fleet card daripada syarikat minyak, mereka perlu menyimpan resit pembelian diesel mulai 10 Jun 2024 untuk memudahkan proses tuntutan pembayaran balik tunai kepada Kementerian Kewangan, mengikut prosedur permohonan yang akan diumumkan kemudian.

Di samping itu, KPDN menggesa syarikat pengangkutan lain yang layak tetapi belum memohon kelulusan subsidi diesel, agar segera mengambil langkah ini dan kemudian memohon fleet card dari syarikat minyak pilihan mereka.

Semua peraturan sedia ada berkaitan dengan jualan diesel masih berkuat kuasa dengan pengumuman harga baharu ini. KPDN memberi jaminan bahawa langkah-langkah ini adalah untuk memastikan subsidi diesel tidak dicuri dan dijual semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Syarat Kelayakan Permohonan Mysubsidi Diesel

  1. Syarikat yang tersenarai di bawah Akta Syarikat 2016, entiti perniagaan tunggal dan perkongsian yang didaftarkan mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965, atau entiti perkongsian liabiliti terhad yang terdaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
  2. Mempunyai kenderaan di bawah pemilikan syarikat / perniagaan tunggal atau perkongsian
  3. Kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah
  4. Jenis kenderaan terdiri daripada sembilan (9) jenis kenderaan yang disenaraikan.

Jenis Kenderaan Yang Layak Dapat Mysubsidi Diesel

Kementerian Pengangkutan (MoT) menegaskan bahawa pemilik 23 kategori kenderaan harus memastikan syarikat mereka memenuhi keempat-empat syarat kelayakan untuk memohon subsidi diesel di bawah SKDS 2.0.

Program SKDS 2.0 kini terhad kepada 23 kategori kenderaan yang layak beroperasi di Semenanjung Malaysia. Antaranya:

  • Lori Rigid – Kargo Am
  • Penggerak Utama
  • Lori Rigid – Refrigerated
  • Lori Rigid – Tangki Tepung
  • Lori Rigid – Luton/Kotak
  • Window Van
  • Lori Rigid – Tangki Air
  • Panel Van

Jenis kenderaan lain yang turut disenaraikan ialah :

  • Lori Rigid – Minuman Botol
  • Lori Rigid – Curtainsider
  • Lori Food Catering
  • Lori Rigid – Hasil Pertanian
  • Lori Tangki Rigid – Minuman
  • Lori Rigid – Kandang Haiwan
  • Semi – Panel Van

Selain itu, jenis kenderaan lain yang turut layak mendapat subsidi diesel ialah :

  • Lori Rigid – Kombinasi
  • Bas Perkhidmatan Bergerak
  • Lori Rigid – Open Platform
  • Van Perkhidmatan Bergerak
  • Bas Food Catering
  • Van Food Catering
  • Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
  • Lori Rigid – Sampah

Permohonan MySubsidi Diesel 2024

Sila rujuk gambar dibawah untuk proses permohonan mysubsidi diesel.

Mysubsidi Diesel
Permohonan MySubsidi Diesel (SKDS & Fleet Card) 5

Maklumat lanjut Permohonan Mysubsidi Diesel

untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Mysubsidi Diesel. sila layari laman web rasmi permohonan di pautan yang disediakan:
https://mysubsidi.kpdn.gov.my/login

mysubsidi diesel 2
Permohonan MySubsidi Diesel (SKDS & Fleet Card) 6
official banner link telegram deskriptf
Permohonan MySubsidi Diesel (SKDS & Fleet Card) 7
official banner link telegram deskriptf
Permohonan MySubsidi Diesel (SKDS & Fleet Card) 8
Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *