Sijil Halal JAKIM : Panduan Lengkap Permohonan Online

Sijil halal JAKIM yang diterajui oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bukan sekadar bermaksud “No Pork” , “No Alcohol” dan “No Lard” , Pihak JAKIM menekankan Konsep Halal & Toyyib dimana Halal bermaksud yang dibenarkan manakala Toyyib pula membawa maksud “Bagus” atau “Baik”.

Konsep ini membawa maksud produk makanan / bukan makanan yang mendapat pengiktirafan Halal oleh jakim diyakini (selamat untuk digunakan / dimakan oleh orang islam) dan (diyakini dari aspek kebersihan produk tersebut ) .

Pengiktirafan sijil halal ini diberikan apabila melepasi proses yang amat teliti bermula daripada bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan dan penyediaan, segalanya haruslah mengikut syarak yang dibenarkan oleh islam.

Contoh Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah seperti dibawah :

contoh sijil halal
Sijil Halal JAKIM : Panduan Lengkap Permohonan Online 7

Apakah yang Dimaksudkan Dengan Halal ?

Halal Bermaksud “dibenarkan” atau “dibolehkan” menurut undang-undang islam. Premis Makanan / Produk bukan makanan yang memiliki sijil halal mestilah mempunyai ciri-ciri berikut :

  • Tidak mengandungi bahan yang diharamkan atau haiwan yang tidak disembelih menurut hukum syarak.
  • Bebas daripada bahan yang dianggap tidak suci.
  • Diproses meggunakan peralatan yang suci dan bersih.
  • Tidak bersentuhan atau disimpan bersama makanan yang tidak memenuhi syarat diatas.

Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai pendidikan , kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan

Logo Halal yang diiktiraf JAKIM

Istilah “Halal” yang dipakai di Malaysia merujuk kepada Logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Logo yang diiktiraf mempunya beberapa ciri seperti :

  • Mempunyai perkataan “Halal” dalam tulisan Jawi dan Roman dibawah tulisan jawi tersebut.
  • Mempunyai bentuk bintang 8 segi ditengah bulatan.
  • Tulisan “Malaysia” dalam bahasa roman di atas bulatan dan Jawi dibawah bulatan.
  • keua-dua perkataan “Malaysia” ini dipisahkan dengan dua bintang kecil

Rujuk gambar dibawah :

image 22
Sijil Halal JAKIM : Panduan Lengkap Permohonan Online 8

Syarat Umum & Syarat Khas Memohon Sijil Halal Jakim

Pensijilan Halal Malaysia menawarkan sembilan (9) Skim Pensijilan secara keseluruhan iaitu :

  1. Produk Makanan dan Minuman;
  2. Premis Makanan dan Minuman;
  3. Produk Kosmetik;
  4. Rumah Sembelihan;
  5. Pengilangan Kontrak/OEM;
  6. Produk Peranti Perubatan;
  7. Logistik;
  8. Farmaseutikal; dan
  9. Bahan Gunaan

Sebagai contoh anda mempunyai Restoran Makanan, Skim Sijil Halal JAKIM yang sesuai untuk dipohon adalah nombor 2 iaitu premis makanan dan minuman.

Skim permohonan Sijil halal JAKIM yang anda pohon dipecahkan kepada 2 syarat iaitu “syarat khusus” dan “syarat umum” serta beberapa “syarat tambahan”.

Sekiranya terdapat salah satu syarat tidak dipenuhi oleh pemohon. Pengiktirafan SIjil Halal JAKIM tidak akan diberikan. Pemohon wajib memenuhi ketiga-tiga syarat tersebut.

Syarat Umum Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM

Terdapat 15 syarat umum perlu dipatuhi oleh syarikat & premis untuk prngiktirafan sijil halal JAKIM, antaranya :

  1. Bahan Mentah : Bahan mentah bersumberkan haiwan / berasaskan haiwan perlu ada sijil halal yang Sah.
  2. Produk : Produk yang dihasilkan tidak menyerupai sebarang bentuk haiwan yang diharamkan.
  3. Proses : Kawasan Pemprosesan bersih daripada sebarang kekotoran atau produk yang diragui.
  4. Penyimpanan : Tidak bercampur dengan produk tidak halal.
  5. Peralatan : Peralatan dan perkakasan yang digunakan dikhususkan untuk barangan Halal sahaja.
  6. Pembungkusan : Tidak melanggar syarak yang dibenarkan islam.
  7. Pengangkutan : barang yang diangkut tidak bercampur dengan produk yang tidak halal.
  8. Premis : Bebas dari bahan mentah dan produk tidak halal.
  9. Pekerja : Jumlah pekerja Muslim mencukupi mengikut keperluan kategori permohonan.
  10. Sanitasi : Proses sanitasi dilakukan secara berkala / berjadual.
  11. Kebajikan Pekerja : Pekerja hendaklah diberi kelonggaran untuk menunaikan kewajiban solat.
  12. Latihan : Latihan mengenai “halal” perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun kepada semua pekerja yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan perkhidmatan.
  13. Sistem Pengurusan Halal : mempunyai sistem dalam memastikan syarat-syarat sentiasa dilakukan dan juga penambahbaikan dari masa ke semasa.
  14. Dokumentasi : Rekod disimpan dengan lengkap untuk tujuan audit pihak JAKIM.
  15. Alat penyembahan : Alat penyembahan tidak berada dalam kawasan pemprosesan produk.

Syarat Khusus Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM

  1. Premis : Mempunyai sijil pendaftaran SSM yang sah
  2. Sijil Pengendalian Makanan : Pengendali makanan mempunyai sijil latihan pengendali makanan yang sah dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh KKM.
  3. Vaksinasi : Pengendali makanan mempunyai suntikan vaksinasi (tifoid) yang masih sah dari mana-mana pengamal perubatan yang berdaftar.
  4. Menu makanan : Menu makanan hendaklah sama dengan menu yang telah di isytiharkan. Sila mohon penambahan menu sekiranya terdapat menu baharu.

Caj Bayaran Permohonan Sijil Halal

terdapat 2 jenis bayaran yang perlu dilakukan oleh pemohon iaitu Yuran pemprosesan RM 20 hingga RM 200 dan juga yuran pensijilan diantara RM100 hingga RM700

Proses Permohonan Pensijilan Halal Malaysia

Carta alir dibawah menunjukkan proses permohonan Sijil Halal JAKIM . Terdapat tiga (3) proses yang perlu dilalui oleh pemohon untuk mendapatkan sijil Halal JAKIM. Proses tersebut ialah Proses Permohonan atas talian, Proses Audit dan Proses Pengesahan

sijil halal JAKIM MY
Sijil Halal JAKIM : Panduan Lengkap Permohonan Online 9
Sijil Halal JAKIM EN
Sijil Halal JAKIM : Panduan Lengkap Permohonan Online 10

Langkah Pertama : Permohonan Sijil Halal perlu dilakukan secara online di pautan : http://apps.halal.gov.my/myehalal/pemohon/index.php

Langkah Kedua : Klik Pada “pendaftaran Akaun Syarikat”, pastikan permohonan anda untuk “Domestik Kilang Dalam Negara”.

Langkah Ketiga : Klik “Setuju”sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat dan isikan butiran syarikat anda.

Sistem sijil halal jakim 1
Sijil Halal JAKIM : Panduan Lengkap Permohonan Online 11
sistem sijil halal jakim 2
Sijil Halal JAKIM : Panduan Lengkap Permohonan Online 12

Pengesahan akan dibuat dalam masa tidak lebih 24 jam, Sekiranya ada masalah boleh menghubungi kauter proses di talian : 0388925002

Langkah Keempat : Anda akan dimaklumkan oleh JAKIM untuk menghantar dokumen Sokongan dalam masa 5 hari bekerja. Surat Caj akan dikeluarkan sekiranya borang lengkap dan siap diproses, Sila buat Bayaran.

Langkah Kelima : Maklumat mengenai Audit akan disampaikan oleh Pihak JAKIM, Pihak JAKIM akan melawat premis anda untuk pemeriksaan lapangan. Sekiranya tiada NCR , Laporan akan dikeluarkan, sekiranya terdapat NCR, penambahbaikan harus dilakukan dan pemeriksaan lapangan akan dilakukan sekali lagi.

Langkah keenam : Panel Pengesahan akan membuat keputusan untuk meluluskan atau membatalkan permohonan pensijilan Halal JAKIM. Sekiranya gagal, anda perlu ulang dari langkah keempat.

Rujukan Permohonan Sijil Halal JAKIM Bagi Setiap Negeri

  • JAKIM : Tel: 03 – 8892 5000 / 5200
    Email: pr_halal@islam.gov.my
  • JOHOR : Tel: 07 – 207 6360 / 6361
    Email: pengurusanhalaljohor@gmail.com
  • KEDAH : Tel: 04 – 774 5515 / 5525
    Email: halalkedah@gmail.com
  • KElANTAN : Tel: 09 – 744 3633 samb. 143
    Email: jaheaik@kelantan.gov.my
  • MELAKA : Tel: 06 – 333 3333 / 3600 / 3612 / 3610
  • NEGERI SEMBILAN : Tel: 06 – 766 4234
    Email: jheains.ns.gov.my
  • PAHANG : Tel: 09 – 427 1195
    Email: halaljaippahang@gmail.com
  • PERLIS : Tel: 04-9794450 / 04 – 976 4420
    Email: halalhabperlis@gmail.com / jaips@perlis.gov.my
  • PERAK : Tel: 05 – 506 0450 / 0336
    Email: halaljaipk@gmail.com
  • PULAU PINANG : Tel: 04 – 250 5451
    Email: ehalal@penang.gov.my
  • SABAH : Tel: 088 – 213 745
    Email: muishalalhub@gmail.com
  • SARAWAK : Tel: 082 – 507 150 / 30
    Email: halaljais.sijil@sarawak.gov.my
  • SELANGOR : Tel: 03 – 5514 3696 / 3721 / 3724 / 3600
    Email: halal@jais.gov.my
  • TERENGGANU : Tel: 09 – 632 5200
    Email: halaljheat@gmail.com

Anda juga dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Sistem MYeHALAL di pautan yang diberikan : http://apps.halal.gov.my/myehalal/pemohon/index.php

Semoga Bermanfaat, Terima Kasih.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *