Pinjaman PTPTN : 6 langkah Melengkapkan Dokumen Pinjaman

Terdapat 6 langkah yang perlu di lakukan oleh pelajar yang mendapat tawaran Pinjaman PTPTN, setelah melengkapkan borang permohonan, borang perlu dihantar dan akan diproses dalam masa 7-21 hari bekerja dan duit pendahuluan PTPTN akan dikreditkan kedalam akaun bank pelajar. Semak 6 langkah melengkapkan dokumen pinjaman dibawah .

Pengenalan Pinjaman PTPTN

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

pinjaman ptptn
Pinjaman PTPTN : 6 langkah Melengkapkan Dokumen Pinjaman 6

Peringkat Pengajian dan Kategori IPT Yang Layak

  • Diploma Sepenuh Masa : IPTA, Politeknik dan IPTS
  • Diploma Separuh Masa : IPTA, Politeknik dan IPTS
  • Diploma PJJ : IPTA
  • Diploma Lanjutan : IPTA dan Politeknik
  • Ijazah Pertama Sepenuh Masa : IPTA dan IPTS
  • Ijazah Pertama Separuh Masa : IPTA dan IPTS
  • Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ : IPTA
  • Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ : IPTA
  • Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ : IPTA

Panduan & Peraturan Mengisi Dokumen Tawaran Pinjaman PTPTN

6 Langkah Perlu dibuat oleh penerima tawaran pinjaman PTPTN sebelum permohonan diproses dan pendahuluan ptptn diberikan.

Langkah yang perlu dilakukan oleh penerima tawaran pinjaman PTPTN ialah :

  • Langkah 1 : Cetak Dokumen Tawaran Pinjaman Pendidikan / Pinjaman Semula Pendidikan PTPTN.
  • Langkah 2 : Semak Dokumen Tawaran Pinjaman Pendidikan / Pinjaman Semula Pendidikan PTPTN.
  • Langkah 3 : Sediakan Sijil Setem
  • Langkah 4 : Lengkapkan Maklumat Dokumen Tawaran Pinjaman Am Pendidikan / Pinjaman Semula Pendidikan PTPTN.
  • Langkah 5 : Sediakan Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Mengikut Senarai Semak.
  • Langkah 6 : Hantar Dokumen Tawaran Pinjaman PTPTN / Pinjaman Semula Pendidikan PTPTN.

Sila Semak Panduan Lengkap dibawah bagi setiap langkah-langkah yang dinyatakan diatas :

Langkah 1 : Cetak Dokumen Tawaran Pinjaman Pendidikan

  1. Sila cetak dokumen tawaran daripada aplikasi web myPTPTN yang mengandungi dokumen- dokumen berikut:

(a) Senarai Semak Dokumen
(b) Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan
i. Akuan Penerimaan
ii. Surat Kebenaran 1/2/3/4/5/6

(c) Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan
(d) Dokumen Lampiran Perjanjian Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan (
(e) Lampiran A- Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan

  1. Pelajar perlu menyediakan dua set dokumen yang merangkumi perkara (b), (c) dan (d) di atas. satu set Bagi perkara (a) dan (e).
  2. Setiap cetakan dokumen tawaran mestilah menggunakan kertas putih bersaiz A4 (80 gsm) dengan menggunakan satu muka kertas untuk setiap satu (cetakan tidak dilakukan pada muka hadapan dan belakang pada helaian yang sama. Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.

Peringatan:

Satu (1) set salinan perlu dicetak terus daripada komputer manakala set salinan kedua boleh dibuat salinan pendua (fotostat) sebelum pengisian dilakukan. Kedua-dua set tersebut perlu diisi dan ditandatangani oleh PELAJAR dan SAKSI.

Langkah 2 : Semak Dokumen Tawaran Pinjaman Pendidikan

  1. Sila semak butir-butir diri serta maklumat pengajian dan pinjaman seperti yang terdapat di dalam cetakan Dokumen Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN
  2. Hanya pindaan pada ejaan Nama, Alamat, Nama Bank dan Nombor Akaun Bank yang dibenarkan. Pindaan hendaklah dibuat pada Surat Tawaran Pinjaman dengan mengisi Borang Perubahan Maklumat Pelanggan (boleh diperoleh di dalam aplikasi web myPTPTN www.ptptn.gov.my). Setiap pindaan mestilah disertakan dengan salinan dokumen sokongan (sekiranya perlu).
  3. Pindaan selain daripada maklumat yang dijelaskan di para 2 di atas adalah tidak dibenarkan. Pelajar perlu membuat permohonan baru sekiranya terdapat pembetulan pada maklumat tersebut.

Langkah 3 : Sediakan Sijil Setem

Mulai 1 Januari 2024, Tiada lagi setem hasil fizikal.

Sijil Setem bernilai RM10.00 perlu disediakan sebanyak 2 keping. Sijil Setem boleh diperolehi melalui pembelian secara online di portal LHDNM https://stamps.hasil.gov.my . Sila rujuk contoh sijil setem yang berjaya dibeli daripada laman web LHDNM.

setem hasil pinjaman ptptn
Contoh Sijil Setem

Langkah 4 : Lengkapkan Maklumat Dokumen Tawaran Pinjaman Am Pendidikan

  • Maklumat Dokumen Tawaran Pinjaman Am Pendidikan Hanya boleh menggunakan pen/pen mata bulat (ball point) BERDAKWAT HITAM atau BIRU sahaja. Pastikan hanya satu warna pen digunakan.
  • Setiap dokumen hendaklah DITULIS DENGAN TANGAN dan BERHURUF BESAR
  • Jika berlaku KESILAPAN semasa MENGISI DOKUMEN TAWARAN, pelajar perlu gariskan satu garisan lurus dan turunkan tandatangan ringkas di sebelah kanan setiap pembetulan (dilarang sama sekali menggunakan sebarang getah atau cecair pemadam (liquid paper).

KAEDAH MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN:

  • Pelajar perlu menurunkan TANDATANGAN dan mengisi TARIKH ditandatangani di ruangan yang disediakan di surat Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1,2,3,4,5,6

PERJANJIAN PINJAMAN :

  • Pelajar perlu menyemak maklumat pada JADUAL PINJAMAN.
  • Pelajar perlu menurunkan TANDATANGAN PELAJAR di ruangan yang disediakan. Pelajar perlu memastikan butir-butir maklumat saksi dilengkapkan termasuk TANDATANGAN SAKSI. Sila rujuk maklumat lanjut di ruangan Syarat Kelayakan Saksi Pelajar.
  • Sila kosongkan TARIKH PERJANJIAN pada bahagian (1) Jadual Pinjaman.

LAMPIRAN PERJANJIAN PINJAMAN :

  • Pelajar perlu menurunkan tandatangan ringkas pada setiap muka surat pada ruangan yang disediakan.

LAMPIRAN A AKUAN TERIMAAN SURAT TAWARAN DAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN/PINJAMAN SEMULA PENDIDIKAN PTPTN :

  • Pelajar perlu menurunkan TANDATANGAN dan mengisi TARIKH ditandatangani di ruangan yang disediakan. Sila kosongkan tarikh serahan. Tarikh tersebut akan diisi oleh pegawai PTPTN.

Langkah 5 : Sediakan Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Mengikut Senarai Semak.

Contoh senarai semak seperti gambar dibawah :

senarai semak pinjaman ptptn
Contoh senarai Semak Pinjaman PTPTN

Dokumen Sokongan yang perlu disertakan mengikut senarai semak adalah Salinan Surat Tawaran KEmasukan Ke IPT. Sila palang 2 garis lurus pada salinan surat tawaran tersebut dan tulis ‘Kegunaan PTPTN Sahaja’ . Contoh gambar seperti dbawah :

surat tawaran kemasukan ke IPTA pinjaman ptptn
Pinjaman PTPTN : 6 langkah Melengkapkan Dokumen Pinjaman 7

Langkah 6 : Hantar Dokumen Tawaran Pinjaman PTPTN

Dokumen yang telah dilengkapkan perlu dihantar segera kepada PTPTN, Sila pastikan dokumen dihantar lengkap seperti dibawah :

a) Senarai Semak Dokumen dan Lampiran A- Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan – satu (1) set.

b) Dua (2) set bagi setiap dokumen berikut: *

i. Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan;
ii. Akuan Penerimaan;
iii. Surat Kebenaran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6;
iv. Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan yang telah disertakan sijil setem;
v. Dokumen Lampiran Perjanjian Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan;

*Nota: Setiap satu set adalah untuk Pelajar dan PTPTN dan satu set salinan akan diserahkan kepada pelajar setelah PTPTN melengkapkan dokumen perjanjian ini

c) Maklumat permohonan pinjaman.
d) Dokumen sokongan yang di perlukan mengikut senarai semak.

Dokumen di atas hendaklah disusun mengikut Senarai Semak dan DISERAHKAN kepada PTPTN dalam tempoh sah laku yang ditetapkan. Kegagalan penyerahan dokumen perjanjian dalam tempoh sah laku yang ditetapkan akan menyebabkan dokumen perjanjian terbatal.

pinjaman ptptn 2
Pinjaman PTPTN : 6 langkah Melengkapkan Dokumen Pinjaman 8

Maklumat Lanjut Mengenai Pinjaman PTPTN

Sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut, anda boleh terus melayari laman web rasmi PTPTN di : https://www.ptptn.gov.my/pinjaman-pendidikan/

panduan penuh juga boleh dilayari menerusi pautan yang diberikan : https://www.ptptn.gov.my/panduan-mengisi-dokumen-perjanjian/

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *