Jabatan Pendaftaran Negara telah mengumumkan akan membuka semula proses permohonan MyKid Secara Online setelah ditangguhkan beberapa tahun dahulu oleh kerana kekurangan bekalan cip bagi kad mentah tersebut.
Jabatan Pendaftaran Negara dalam satu kenyataan pada 25 Julai 2024 telah memaklumkan bahawa permohonan bleh dilakukan semula bermula 1 ogos 2024. “Bagi mereka yang pernah memohon sebelum ini dan mempunyai resit perlu membuat pengesahan secara online sehingga 31 oktober, sekiranya tiada pengesahan dibuat, pemohon perlu memohon semula .
Terdapat 136,238 permohonan mykid tertunggak dan pada disember tahun lepas , JPN melaporkan sedang mencetak sebanyak 160,000 permohonan mykid yang tertunggak sejak oktober 2023 dan akan diserahkan kepada pemohon.
Berikut kami kongsikan mengenai proses permohonan mykid yang boleh di mohon semula dan juga cara untuk membuat pengesahan bagi mereka yang telah memohon sebelum ini dan mempunyai resit permohonan.
Table of Contents
Apakah itu MyKid ?
MyKid merupakan sekeping kad yang sama seperti MyKad ataupun Kad Pengenalan untuk kegunaan Kanak-kanak dibawah 12 Tahun dan mempunyai 3 aplikasi utama terdapat pada kepingan kad tersebut antaranya ialah Data Kelahiran, Maklumat Kesihatan dan Maklumat Pendidikan.
Tarikh Proses Permohonan MyKid 2024
Tarikh proses permohonan MyKid telahpun dibuka semula bermula 27 Julai 2024 dan permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara seluruh Malaysia
Proses Permohonan Mykid Bagi Yang Telah Membuat Permohonan Sebelum Ini
Kepada individu yang pernah membuat permohonan MyKid pada tahun sebelum ia di tangguhkan dan masih menyimpan resit permohonan, anda diminta untuk membuat semakan dan pengesahan semula bermula 29 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024
- Buat pengesahan cetakan di Portal rasmi JPN : https://www.jpn.gov.my/my/
- MyKid yang tidak di tuntut akan dilupuskan
- Semakan dan pengesahan hanya dalam tempoh 3 bulan iaitu pada 29 Julai 2024 sehingga 31 oktober 2024
Jika tiada semakan dan pengesahan yang dilakukan selepas tempoh yang diberikan, Status permohonan Mykid akan Terbatal dan Permohonan baharu perlu dibuat semula.
Cara Memulakan Proses Permohonan MyKid 2024
Permohonan MyKid boleh dilakukan dimana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Malaysia. Anda perlu menghadirkan diri ke cawangan JPN yang berdekatan
Anda perlu melampirkan beberapa dokumen yang diperlukan oleh pihak JPN untuk meneruskan proses permohonan Mykid.
Dokumen Untuk Permohonan MyKid 2024
Sebelum pergi ke JPN, Sila pastikan dokumen seperti Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan Ibu, Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Salinan Asal Sijil Nikah dibawa bersama.
Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/Deskriptf
Buat Semakan Status Permohonan Mykid Secara Online
Setelah permohonan berjaya diterima di Jabatan Pendaftaran Negara, Ada boleh menyemak status permohonan secara Online di pautan http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
Sekiranya status semakan menunjukkan status ‘MyKid Sedia Untuk Di Ambil’, anda boleh membuat kutipan di JPN tempat anda membuat permohonan mykid tersebut.
Mykid Hilang Boleh Buat Permohonan Semula?
Permohonan MyKid adalah untuk permohonan kali pertama sahaja, tiada permohonan yang dibuka untuk kes-kes seperti Rosak, Hilang, Kad Lupus.