Rayuan STR 2025: Kod Tidak Lulus, Apa Yang Perlu Dibuat?

Semakan Rayuan STR 2025 boleh dibuat bermula Sekarang. Status Tidak Lulus, perlu mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

Semak Rayuan STR 2025 untuk mengetahui alasan tidak lulus dan dokumen yang perlu disedia atau diperbetulkan sekarang.

Baca Juga : Semakan Jumlah STR 2025: Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4

Apa itu Rayuan STR 2025

Rayuan STR adalah langkah yang perlu dibuat oleh pemohon STR 2025 selepas Status “Tidak Lulus” permohonan STR kerana tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Kelayakan Rayuan STR 2025

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah seperti jadual di bawah:

Bil.Status PermohonanFasa Permohonan RayuanTempoh Permohonan Rayuan
1Tidak LulusFasa 2, Fasa 3, Fasa 4Mulai 22 Januari 2025 hingga 30 September 2025
2Lulus Fasa 1Fasa 3Mulai 16 Februari 2025 hingga 30 Jun 2025
3Lulus Fasa 2Fasa 3Mulai 16 Februari 2025 hingga 30 Jun 2025
4Lulus Fasa 3Tiada Rayuan
5Lulus Fasa 4Tiada Rayuan

Alasan Tidak Lulus Dan Rayuan STR 2025

No. Alasan Tidak Lulus Tindakan/Dokumen Sokongan
1 Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi (No. Pengenalan/Status Kewarganegaraan) a. Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalan
b. Semakan terus dengan agensi MOF
2 Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi a. Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalan
b. Semakan terus dengan agensi MOF
3 Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi a. Tidak perlu pembuktian jika tiada perbezaan maklumat
b. Semakan terus dengan agensi MOF
c. Dokumen diperlukan:
  i. MyKad/MyKid Anak
  ii. Sijil Lahir/Sijil Daftar Anak Angkat
4 Hubungan Pertalian Anak-Pemohon/Pasangan tidak sepadan a. MyKad/MyKid Anak
b. Sijil Lahir/Sijil Daftar Anak Angkat
5 Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan a. Dokumen Pengenalan Pasangan
b. Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam STR)
c. Sijil Perkahwinan (jika tiada anak)
6 Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan Kategori Bujang a. Semakan status OKU oleh agensi MOF
b. Dokumen:
  i. Kad OKU (19+ tahun)
  ii. Dokumen tamat belajar 2024/2025 (21+ tahun)
  iii. Dokumen belajar separuh masa 2024/2025 (21+ tahun)
7 Anak melebihi syarat umur 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa a. Dokumen/Surat Tawaran belajar sepenuh masa 2024/2025
b. Kad Pelajar 2024/2025
8 Pendapatan Pemohon/Pasangan melebihi RM5,000/RM2,500 (termasuk sewa) a. Tiada pembuktian diperlukan
b. Semakan terus oleh agensi MOF
9 Anak mempunyai pendapatan (termasuk sewa) a. Tiada pembuktian
b. Semakan oleh agensi MOF
c. Rayuan Tambahan: Maklumat Anak lain/Perubahan Pendapatan
10 Pemohon/Pasangan memiliki 3+ Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian a. Semenanjung: Tiada dokumen
b. Sabah/Sarawak: Dokumen Tamat Perniagaan
c. Semakan oleh agensi MOF
11 Pemohon/Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad a. Tiada pembuktian
b. Semakan oleh agensi MOF
12 Pemilikan kenderaan melebihi kemampuan B40 a. Semenanjung: Tiada dokumen
b. Sabah/Sarawak: Geran Toyota Hilux/Pick-up 4×4
c. Semakan oleh agensi MOF
13 Pemilikan hartanah melebihi RM300,000 a. Tiada pembuktian
b. Semakan oleh agensi MOF
14 Pemohon/Pasangan tidak menetap di Malaysia a. Tiada pembuktian
b. Semakan oleh agensi MOF
15 Permohonan dari Luar Negara a. Hadir ke LHDNM dengan Borang Rayuan STR 2025
b. Salinan MyKad
16 Pemohon/Pasangan wujud dalam permohonan lain a. Status Kahwin:
  i. MyKad + Sijil Perkahwinan/Sijil Lahir Anak
b. Status Ibu Bapa Tunggal:
  i. Sijil Perceraian + Sijil Lahir Anak
17 Status Perkahwinan perlu pengesahan a. MyKad Pemohon + Dokumen Pasangan
b. Sijil Perkahwinan/Sijil Lahir Anak
18 Kematian Pasangan/Anak a. Sijil Kematian Pasangan + Sijil Lahir Anak
b. Anak meninggal: Tiada dokumen + Rayuan Tambahan
19 Tarikh Perceraian tidak disahkan a. Sijil Perceraian + Sijil Lahir Anak
20 Had kemampuan pemilikan kediaman melebihi syarat a. Dokumen Pindah Milik/Cukai Tanah
b. Perjanjian Sewa Rumah
21 Pendapatan Perniagaan Pemohon/Pasangan melebihi RM5,000/RM2,500 a. Tiada pembuktian
b. Semakan oleh agensi MOF
22 Anak mempunyai pendapatan perniagaan a. Tiada pembuktian
b. Semakan oleh agensi MOF
c. Rayuan Tambahan

Cara Memohon Rayuan STR 2025

Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Semakan Semula. Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Sekiranya belum pernah mendaftar MySTR. SIla Ikuti Langkah dibawah:

Langkah 1: Daftar/Pastikan Kelayakan

  1. Semak syarat kelayakan STR 2025:
    • Isi rumah (pendapatan ≤ RM5,000).
    • Warga emas tiada pasangan (≥60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000).
    • Bujang (pendapatan ≤ RM2,500).
      (Rujuk Portal STR untuk syarat penuh).

Langkah 2: Kemaskini Maklumat

  1. Buka Portal STR:
    • Akses Portal STR
    • Log masuk dengan No. Kad Pengenalan dan kata laluan.
  2. Kemaskini data jika perlu:
    • Alamat terkini.
    • Status perkahwinan/keluarga.
    • Maklumat bank (akaun aktif atas nama pemohon).

Langkah 3: Muat Naik Dokumen

Dokumen Wajib:

  • Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
  • Sijil perkahwinan/penceraian (jika berkenaan).
  • Penyata pendapatan (contoh: slip gaji, penyata KWSP).
  • Penyata akaun bank (untuk pengesahan nombor akaun).

Langkah 4: Hantar Permohonan

  1. Isi borang permohonan di Portal STR:
    • Pilih kategori (Isi Rumah/Warga Emas/Bujang).
    • Masukkan maklumat mengikut dokumen sokongan.
  2. Muat naik dokumen dalam format PDF/JPEG (saiz fail ≤ 2MB).
  3. Klik “Hantar” dan simpan nombor rujukan permohonan.

Langkah 5: Semak Status Permohonan

  1. Semakan online:
    • Log masuk ke Portal STR > “Semakan Status”.
    • Masukkan No. Kad Pengenalan dan nombor rujukan.
  2. Tempoh proses:
    • Bergantng pada makluman semasa d laman web STR

Langkah 6: Terima Pengesahan

  1. Notifikasi melalui:
    • SMS ke nombor telefon berdaftar.
    • E-mel (jika ditambah dalam profil).
  2. Penerimaan kelulusan:
    • Bayaran terus ke akaun bank dalam 14 hari selepas kelulusan.

Soalan Lazim Berkenaan Rayuan STR 2025

Soalan Lazim Rayuan STR 2025 seperti gambar-gambar berikut:

Rayuan STR 2025
Rayuan STR 2025
Rayuan STR 2025
Rayuan STR 2025
Rayuan STR 2025
Rayuan STR 2025
Rayuan STR 2025

Dikeluarkan Oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) , Tarikh Dikemaskini: 21/01/2025

anda juga boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR:

  1. Portal Rasmi STRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  3. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  4. Talian Pejabat LHDNM: Rujuk Portal Rasmi STR
  5. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC

Penafian

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment