Bantuan Rebat Tunai Motorsikal Elektrik RM2,400.00

Pengenalan Bantuan Rebat Tunai Motorsikal Elektrik RM 2,400

Rebat Tunai Motorsikal Elektrik yang dikenali sebagai Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) adalah inisiatif rebat yang ditawarkan oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024. Tujuannya adalah untuk mendorong masyarakat Malaysia untuk menggunakan motosikal elektrik. Skim ini menawarkan dua kaedah rebat tunai Motorsikal elektrik:

  1. Rebat tunai sebanyak RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik.
  2. Rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan bagi langganan motosikal elektrik.

Kelayakan Bantuan Rebat Tunai Motorsikal Elektrik

rebat tunai motorsikal
Bantuan Rebat Tunai Motorsikal Elektrik RM2,400.00 3

Permohonan MARiiCas akan dibuka dari 8 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024, atau sehingga kuantiti motosikal elektrik yang ditetapkan habis ditebus. Ini bertujuan untuk memudahkan penggunaan kenderaan berasaskan elektrik dengan menyediakan insentif yang menarik kepada rakyat Malaysia

Untuk memohon MARiiCas, individu perlu:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Memiliki pendapatan tahunan tidak melebihi RM120,000.
  • Memegang lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2).

Cara Memohon Bantuan Rebat Tunai Motorsikal Elektrik (MARiiCas)

Individu yang layak boleh membuat permohonan seperti berikut :

  1. Lawati laman web https://insentif.marii.my untuk mendaftar ID Pengguna.
  2. Klik butang “Daftar” jika ini adalah kali pertama anda mendaftar. Isi maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, dan maklumat lain yang diminta.
  3. Anda akan menerima e-mel pengesahan. Semak peti masuk e-mel spam jika e-mel pengesahan tidak diterima di peti masuk utama.
  4. Selepas pendaftaran selesai, log masuk semula untuk memulakan proses permohonan MARiiCas.
  5. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti sebanyak RM10 akan dikenakan untuk setiap permohonan.
  7. Anda akan menerima e-mel pengesahan permohonan anda.
  8. Anda boleh semak keputusan permohonan dengan log masuk ke laman web https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dihantar.

Nota: Bayaran tidak akan dikembalikan. Pastikan nama pemohon sama dengan pemilik akaun bank untuk pembayaran.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

rebat tunai motorsikal 2
Bantuan Rebat Tunai Motorsikal Elektrik RM2,400.00 4

Pemohon perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan dokumen yang berkaitan dengan pendapatan tahunan mengikut kategori berikut:

Bagi yang bekerja:

  • Slip gaji yang disahkan majikan dengan cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagi yang bekerja sendiri:

  • Muat naik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagi pesara:

  • Pesara kerajaan: Slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Pesara swasta: Borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagi pelajar:

  • Kad Pelajar
  • Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Pemohon juga perlu mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2).

Selepas permohonan disemak dan diluluskan, pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR. Kod QR tersebut sah untuk digunakan selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Selepas tempoh tersebut, pemohon perlu memohon semula untuk mendapatkan kod QR baru yang sah.

Maklumat Lanjut Rebat Tunai Motorsikal

Untuk pertanyaan lanjut mengenai proses pendaftaran, anda boleh pergi ke laman web rasmi permohonan di portal yang disediakan : Klik Disini , atau anda boleh emel sebarang pertanyaan ke insentif@marii.my.

Jom Join Group Telegram dan Whatsapp Rasmi Deskriptif.com untuk mendapatkan pelbagai info terkini bantuan kerajaan yang akan disalurkan sepanjang Tahun.

Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Nur Sufiani
Nur Sufiani

Dedicated professional writer with a passion for using my writing skills to solve problems and help others. Writing is my passion, allowing me to create meaningful content that makes a difference.

Articles: 12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *