Bermula dari 1 Februari 2024, aplikasi MYJPJ telah dinaiktaraf , kini aplikasi MYJPJ mempunyai fungsi untuk memperbaharui cukai jalan dan renew lesen memandu secara online.
Terdapat tiga langkah proses memperbaharui lesen kenderaan :
- Daftar Aplikasi MyJPJ.
- Pilih transaksi perbaharui lesen memandu.
- Lakukan pembayaran menggunakan Mod Pembayaran FPX.
Berita Baik, mana-mana individu yang memperbaharui lesen memandu digital tanpa fizikal melalui aplikasi MyJPJ akan mendapat rebat sebanyak RM5. Rujuk Artikel dibawah menerangkan cara renew lesen memandu melalui aplikasi MyJPJ.
Isi Kandungan
Daftar Aplikasi MyJPJ
Anda boleh renew lesen memandu secara online melalui aplikasi MyJPJ, anda perlu memuat turun dan mendaftar telebih dahulu aplikasi MyJPJ.
Cara mendaftar aplikasi MyJPJ sangat mudah, dengan adanya aplikasi MyJPJ, Pelbagai Transaksi boleh dilakukan secara online antaranya ialah memperbaharui lesen memandu.
Berikut adalah cara untuk melengkapkan akaun MyJPJ:
Muat turun applikasi MyJPJ terlebih dahulu sebelum pergi ke langkah yang seterusnya, rujuk link dibawah:
- IOS (Iphone): https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
- Android (samsung etc): https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info&hl=ms&pli=1
- Huawei (Huawei App Gallery): Sila masuk kedalam Huwaei App Gallery anda dan cari “MyJPJ”
- Muat turun aplikasi Myjpj di Google Playstore , App Store ataupun Huawei App Gallery.
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Isi Maklumat dan buat pengesahan
- Isi Maklumat keselamatan (soalan Keselamatan)
- Tetapkan kata laluan
- Berjaya daftar
Mod Pembayaran Perbankan Renew Lesen Memandu Secara Online Aplikasi MyJPJ
Kini, rakyat Malaysia boleh memilih untuk melakukan transaksi pembayaran menggunakan bank pilihan anda secara online. Langkah-langkah pembayaran secara online adalah seperti berikut, sila log masuk kedalam aplikasi MyJPJ anda terlebih dahulu.
- klik pada butang profil.
- klik lesen memandu kompeten.
- klik pembaharuan.
- pilih jenis lesen, tempoh, Mod Digital/Fizikal.
- Pilih ‘Mod Bayaran FPX’ & ‘Bank’ klik Bayar’.
- klik Ya untuk teruskan pembayaran.
- Mod pembayaran FPX akan dipaparkan.
- Masukkan TAC atau Approve TAC.
- Pembayaran berjaya.
baca juga: Permohonan Bantuan Kerajaan Malaysia Terkini (STR)
Mod Pembayaran FPX (Financial Process Exchange)
Bermula 1 Jun 2024, Mod Pembayaran perbankan dalam talian FPX akan digunapakai dalam aplikasi MyJPJ, sama seperti apabila melakukan transaksi jual beli dalam talian seperti (Shopee, Lazada, TikTok Shop dan lain2, transaksi secara digital jauh lebih mudah.
untuk renew lesen memandu E-LMM ataupun E-LKM secara online, sila pilih lesen yang ingin diperbaharui, terdapat dua pilihan iaitu digital ataupun manual, sila pilih digital untuk renew lesen memandu secara online dan anda akan menikmati rebat sebanyak RM5 ringgit untuk Lesen yang anda perbaharui secara Online.