Jangan risau, anda boleh renew pasport secara online tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama di pejabat imigresen, hanya perlu pergi hadir ke pejabat imigresen apabila pasport anda telah siap. Cara Renew Pasport pada masa kini tidak lah susah seperti beberapa tahun yang lalu .
Asas, dokumen utama yang perlu disediakan apabila hendak pergi melancong ke luar negara adalah Pasport, jika tidak mempunyai pasport atau telah tamat tempoh, mustahil untuk melanjutkan perjalanan. Justeru, sebelum pergi melancong, amatlah digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu tarikh luput pasport.
Platform Untuk Renew Passport Secara Online
Platform yang digunakan untuk renew pasport secara online adalah MyIMMS – E-Services, platform yang dibangunkan oleh jabatan imigresen Malaysia bagi memudahkan pelanggan untuk membuat permohonan renew pasport secara online.
Namun, kemudahan ini terhad hanya untuk permohonan renew pasport yang telah tamat tempoh sahaja. Permohonan memperbaharui pasport yang rosak atau hilang perlu hadir ke pejabat imigresen.
Cara Renew Pasport Secara Online
Tidak perlu bersesak-sesak dan menunggu lama di pejabat imigresen hanya untuk memperbaharui pasport kerana bermula tahun 2024, anda boleh renew pasport secara online sahaja.
Bagaimanakah cara renew pasport secara online? hanya perlu sediakan semua maklumat yang diperlukan melalui Borang MyOnline Pasport. Sila rujuk langkah-langkah dibawah:
- Sila layari laman web MyIMMs – EServices Jabatan imigresen Malaysia di pautan yang disediakan: tekan disini
- Baca terma dan syarat, klik butang setuju setelah memahami segala terma syarat yang dinyatakan.
- Masukkan segala maklumat yang diperlukan, pemohon boleh memilih mana mana pejabat pengeluar pasport terdekat bagi tujuan kutipan pasport.
- lakukan pembayaran secara online menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX)
- Pemohon perlu membuat temu janji secara online di pautan yang disediakan didalam notifikasi status permohonan MyOnline pasport
Perhatian: Wakil tidak dibenarkan untuk mengambil pasport, pemohon perlu hadir sendiri ke pejabat imigresen. Pemohon bawah umur 18 tahun perlu membawa surat lahir dan hadir bersama dengan ibu-bapa/penjaga yang sah.
Tips Renew Pasport Secara Online
Beberapa tips dikongsikan bagi memudahkan lagi proses renew pasport secara online. sila rujuk tips dibawah:
- Pastikan gambar yang diambil mengikut standard sistem online. Memakai pakaian berwarna gelap dan pastikan pencahayaan berada di tahap optimum.
- sewaktu mengambil pasport di pejabat imigresen, pastikan pasport lama dan juga MyKad dibawa bersama.
- Resit pembayaran online juga perlu disertakan sebagai bukti penama untuk mengambil pasport baru yang telah siap.
- Kebiasaan nya, Pemohon akan menerima kelulusan dalam masa 3 hari bekerja melalui notifikasi yang akan dihantar kedalam telefon bimbit. Jika tidak mendapat sebarang berita dalam masa 3 hari bekerja, anda boleh pergi ke pejabat imigresen untuk bertanya mengenai status permohonan renew pasport secara online.
Berapakah harga renew passport secara online?
Bayaran Pasport adalah berbeza mengikut kategori pemohon, sila rujuk jadual dibawah untuk menyemak harga renew passport secara online:
A | PEMOHON BIASA (13 TAHUN – 59 TAHUN) | RM200.00 |
B | WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS) | RM100.00 |
C | KANAK-KANAK (12 TAHUN KEBAWAH) | RM100.00 |
D | PELAJAR MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (21 TAHUN KEBAWAH) | RM100.00 |
E | JEMAAH HAJI (SURAT TAWARAN DARI LEMBAGA TABUNG HAJI | RM100.00 |
F | OKU | PERCUMA |
Harga Denda Bagi Kes Kehilangan & kerosakan Pasport Malaysia
- Pemohon Biasa (13-59 tahun):
- Kali pertama: RM400.00
- Kali kedua: RM700.00
- Kali ketiga: RM1,200.00
- Kanak-Kanak 12 Tahun Ke Bawah:
- Kali pertama: RM300.00
- Kali kedua: RM600.00
- Kali ketiga: RM1,100.00
- Pelajar 21 tahun Kebawah Ijazah luar negara:
- Kali pertama: RM300.00
- Kali kedua: RM600.00
- Kali ketiga: RM1,100.00
- Pemohon 60 tahun keatas:
- Kali pertama: RM100.00
- Kali kedua: RM100.00
- Kali ketiga: RM100.00
- OKU
- Tiada Denda
Untuk Maklumat lebih lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri) di pautan yang disediakan:
https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa/
baca juga: