Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2024) – Harga Rumah RM 55,000 Sahaja

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) merupakan syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB telah menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Program(RMR) 2.0 ini diwujudkan bagi mempertingkatkan lagi pemilikan rumah kepada golongan B40 melalui bayaran secara tunai atau pinjaman dari institusi kewangan.

Artikel ini dapat membantu rakyat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat 2.0, syarat kelayakan serta cara membuat permohonan bagi tahun 2024.

Apakah Maksud Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program RMR ini duwujudkan bagi membantu golongan yang isi rumah berpendapatan di bawah RM5000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang dan mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang selesa.

SPNB akan membina rumah yang mesra rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti dalam lampiran di bawah berikut.

TAJUK(SM) MALAYSIAPULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIA(SS) & LABUAN
Cara permohonanPermohonan secara online (laman web SPNB)
KonsepRumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Keluasan rumah750 kaki persegi750 kaki persegi750 kaki persegi
Keluasan tanah(tertakluk kepada rekabentuk)3,000 kaki persegi (279 meter persegi)3,000 kaki persegi(279 meter persegi)3,000 kaki persegi (279 meter persegi)
HargaRM 75,000RM 85,000Bermula RM 75,000
Subsidi pembinaan RM 20,000
Jumlah pinjamanTertakluk kepada kaedah pinjaman yang ditawarkan oleh SPNB
Anggaran bayaran bulanan
Kaedah pembiayaan I. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
Dokumen perjanjian dan sekuritiFirma guaman berdaftar dengan SPNB
Pelaksanaan pembinaanI. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5000
  • Pemohon tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang
  • Tanah atau tapak cadangan hendaklah bebas dari gadaian/ sekatan . Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah tersebut , pemohon hendaklah meminta kebenaran dari pemilik tanah asal yang dicadangkan
  • Anggaran kwluasan tanah hendaklah di atas 3000 kaki persegi tertakluk daripada reka bentuk.
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Nota:

  • Penama kedua hendaklah berumur 18-43 tahun jika pemohon berumur lebih 42 tahun.
  • Keperluan ini terpakai di seluruh Malaysia.
  • Pemohon perlu memberikan maklumat pasangan.
  • Pemohon juga perlu memberikan jumlah tanggungan.

Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat

Konsep binaan Rumah Mesra Rakyat mempunyai 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.

rumah mesra rakyat 1
Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2024) – Harga Rumah RM 55,000 Sahaja 4
rumah mesra rakyat 2
Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2024) – Harga Rumah RM 55,000 Sahaja 5
rmr 3
Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2024) – Harga Rumah RM 55,000 Sahaja 6

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Permohonan Rumah Mesra Rakyat boleh dibuat secara online atau manual

Borang manual boleh didapatkan di cawangan SPNB dan dikembalikan semula kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Sila rujuk cara berikut bagi membuat permohonan online:

  1. BUKA LAMAN WEB – Layari http://rmr.spnbonline.com.my
  2. KLIK “PENDAFTARAN BARU” – Isi Borang Pendaftaran dengan lengkap
  3. PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem
  6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik “Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang”
  7. MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji 3 bulan yang terkini / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan pemilik tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar
  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Semakan Status Kelulusan Rumah Mesra Rakyat

  • Maklum balas akan diterima dalam tempoh tiga bulan.
  • Kelulusan tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
  • Tempoh pembinaan rumah adalah 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak atau perjanjian, tertakluk terma dan syarat.

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon Rumah Mesra Rakyat bertanggungjawab untuk:

  • Mengisi borang permohonan dengan lengkap
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bahan air dan api
  • Menyambungkan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada institusi kewangan (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, sila rujuk laman web rasmi https://spnb.com.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Telefon : +603-7849 2000

Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

E-mel: pr@spnb.com.my

Laman web : www.spnb.com.my

Facebook: SPNB
Instagram : spnb_official
Twitter: spnb_official
Youtube: spnb_official

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN

CAWANGAN KEDAH
No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
Tel: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
E-mail: spnb_semeling@spnb.com.my

CAWANGAN MELAKA
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Tel: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
E-mail: spnb_melaka@spnb.com.my

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
Faks: 06-601 3507
E-mail: spnb_n9@spnb.com.my

CAWANGAN TERENGGANU
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
E-mail: spnb_kualaterengganu@spnb.com.my

CAWANGAN PERAK
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

CAWANGAN PAHANG
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

CAWANGAN KELANTAN
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Nur Sufiani
Nur Sufiani

Dedicated professional writer with a passion for using my writing skills to solve problems and help others. Writing is my passion, allowing me to create meaningful content that makes a difference.

Articles: 12

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *