Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024

Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024 merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara Sejak Kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia.

Pelbagai Aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sambutan ini berupaya memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggan negara.

Tarikh Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibaran Jalur Gemilang dimulakan pada 21 Julai di seluruh Negara.

Sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada 31 Ogos 2024 bertempat di Dataran Putrajaya.

Sambutan Hari Malaysia pula akan diadakan pada 16 September 2024.

Penutupan 21 Jalan Utama Sempena Hari Kebangsaan di Sekitar Putrajaya

Sebanyak 21 Jalan Utama disekitar Putrajaya akan ditutup selama 6 jam setiap hari bermula 27 Ogos 2024 begi memberikan laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan.

Penutupan selama enam jam bermula pukul 5 pagi – 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos 2024.

Antara Jalan yang terlibat ialah :

  • Laman Perdana
  • Lebuh Wawasan
  • Lebuh Bestari
  • Jalan P2K
  • Jalan Pembangunan
  • Jalan P3C
  • Jalan P3F
  • Jalan P4B
  • Lingkaran Gemilang

Pada 30 dan 31 ogos pula terdapat 10 jalan utama disekitar putrajaya akan ditutup bermula dari 7 petang sehingga Sambutan Hari Kebangsaan Selesai.

Senarai penuh penutupan Jalan disekitar Putrajaya Sempena Sambutan Hari Kebangsaan adalah seperti gambar dibawah :

sambutan hari kebangsaan 1
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 3

Acara Menarik Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Antara Acara Menarik bakal berlangsung sempena sambutan Hari Kebangsaan ialah :

  • Formasi Brass Band
  • Perarakan Aset Terkini
  • Kereta Berhias (Float)
  • Persembahan Udara Angkatan Tentera
  • Persembahan Kesenian Malaysia Madani (Dance / Hand Drill dan Stomp)
  • Persembahan Human Graphic (Dance / Hand Drill)
  • Persembahan Tempur Tanpa Senjata

Kemudahan Pada 31 Ogos 2024 di Putrajaya

Pihak kerajaan telah menambah baik kemudahan untuk keselesaan pengunjung yang hadir pada 31 Ogos nanti , antara kemudahan yang terdapat ialah

  • 80 perkhidmatan shuttle bus
  • 5 jeti water taxi
  • 7,652 tempat letak kereta awam
  • 8,000 tempat duduk awam bertangga
  • 40 Food Truck
sambutan kebangsaan
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 4

untuk maklumat lanjut, sila semak laman web merdeka 360 di : https://www.merdeka360.my/web/

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *