Jika nama anda tersenarai dalam Blacklist PTPTN, nama anda akan secara automatik diblacklist oleh Jabatan Imigresen Malaysia, untuk ke luar negara.
Langkah ini diambil sebagai tindakan terhadap bekas peminjam PTPTN yang tidak mematuhi atau membayar semula pinjaman pendidikan mereka.
Penyenaraian dalam Senarai Hitam ini merupakan langkah terakhir selepas pelbagai amaran dan peringatan kepada peminjam PTPTN yang tidak dipatuhi.
Isi Kandungan
Sebab-Sebab Senarai Blacklist Dihalang Ke Luar Negara
Mengikut undang-undang Malaysia, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara atas beberapa sebab yang termasuk:
- Gagal membayar cukai pendapatan
- Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
- Gagal membayar levi pekerja asing
- Terlibat dalam kes jenayah
- Bankrap
- Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
Sebelum membuat perancangan untuk melancong ke luar negara, pastikan nama anda tidak ada dalam senarai blacklist PTPTN oleh pihak Imigresen Malaysia.
Semakan Senarai Blacklist Di Portal Imigresen
Nama blacklist PTPTN oleh JIM boleh disemak melalui portal rasmi Jabatan Imigresen di : https://sspi.imi.gov.my/sspi/index.php?page=sspi/bm
Namun, perlu diingat bahawa pihak Imigresen boleh memasukkan nama anda dalam senarai hitam atas pelbagai sebab, seperti yang tertera di atas, dan bukan hanya kerana kegagalan membayar pinjaman PTPTN.
Semakan Di Laman Web PTPTN
Anda boleh semak status nama anda secara langsung di laman web rasmi PTPTN di : https://www.ptptn.gov.my/e-perkhidmatan-pinjaman/
Jom Join Group Telegram dan Whatsapp Rasmi Deskriptif.com untuk mendapatkan pelbagai info terkini bantuan kerajaan yang akan disalurkan sepanjang Tahun.
Semakan Di Kaunter PTPTN/JIM
Anda boleh membuat semakan terus d pejabat PTPTN atau Jabatan Imegresen Malaysia berdekatan dengan kawasan anda.
Dalam keadaan kecemasan, peminjam yang disenarai hitamkan untuk ke luar negara perlu berunding secara langsung dengan PTPTN untuk menyusun semula pembayaran pinjaman pendidikan sebelum merancang untuk ke luar negara.
Maklumat Lanjut Senarai Blacklist PTPTN
Sekiranya anda tidak mendapatkan sebarang jawapan yang di inginkan daripada portal ini, anda boleh merujuk terus ke portal rasmi PTPTN untuk sebarang pertanyaan , portal rasmi PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/ , Atau berhubung terus Di :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
eaduan.ptptn.gov.my
03 – 2193 3000
Artikel menarik:
Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.