Semak Status MyKasih 2024 Dan Cara Pembelian MyKasih

Cara Semak Status MyKasih 2024 – MyKasih Foundation adalah sebuah pertubuhan NGO ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat. MyKasih bertujuan untuk bantu keluarga dan pelajar yang layak melalui program bantuan dan biasiswa pelajaran.

Program utama MyKasih terbahagi kepada 2 iaitu :

  • Love my Neighbourhood : Program bantuan makanan yang disalurkan secara cashless menggunakan mykad untuk golongan yang layak. Bantuan ini kini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  • Love My School : Program biasiswa diberikan kepada pelajar yang layak secara cashless.

MyKasih berkolaborasi dengan pelbagai pihak termasuklah Kementerian, Agensi Zakat, dan Syarikat swasta .

Cara Menggunakan MyKasih

MyKasih mempunyai rangkaian lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara, termasuk kedai-kedai besar seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (dahulunya Tesco), serta pelbagai pasar raya dan pasar mini bebas.

Dengan MyKasih, penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan asas dari 10 kategori produk yang telah diluluskan, iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin, dan minuman.

Pembelian boleh dilakukan dengan mudah hanya menggunakan MyKad, kerana bantuan ini diaktifkan melalui MyKad dan disalurkan secara tanpa tunai.

Untuk pemahaman yang lebih jelas mengenai cara penggunaan sistem MyKasih, sila rujuk gambar rajah yang disediakan di bawah:

status mykasih
Semak Status MyKasih 2024 Dan Cara Pembelian MyKasih 4

Cara Semak Status MyKasih

Semakan kelayakan penerima myKasih boleh diketahui melalui tiga cara iaitu melalui SMS, Semakan Prihatin Kasih, dan Semakan Program Bantuan Kasih Johor:

  1. Semakan SMS :
    • Anda akan menerima SMS untuk memaklumkan kelulusan dan bantuan anda telah diproses.
    • Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan status MyKasih.
  2. Semakan Prihatin Kasih
    • Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
    • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
    • Kemudian masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
    • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  3. Semakan Program Bantuan KASIH JOHOR:
    • Layari portal semakan di MyKasih Johor
    • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan Kasih Johor.
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
    • Kemudian masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
    • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

sumbangan asas rahmah
Semak Status MyKasih 2024 Dan Cara Pembelian MyKasih 5

Kerajaan telah memperbaiki program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu rakyat yang paling terjejas akibat kenaikan kos sara hidup. Dilancarkan pada 22 Januari 2024, program ini bertujuan meringankan beban hidup mereka yang memerlukan dan meningkatkan taraf ekonomi penerima.

Maklum balas daripada penerima juga diambil kira, kini kredit SARA boleh digunakan untuk barangan asas tambahan seperti:

  • Barangan kebersihan diri
  • Ubat-ubatan
  • Peralatan persekolahan

Siapakah Yang Layak Mendapat Sumbangan Asas Rahmah?

sara 2
Semak Status MyKasih 2024 Dan Cara Pembelian MyKasih 6

Rakyat tidak perlu memohon Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara manual. Program ini akan diberikan secara automatik kepada mereka yang telah tersenarai dalam data Miskin/Miskin Tegar eKasih hingga 31 Oktober 2023 dan yang lulus STR 2024.

Status MyKasih – Jadual Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Jadual Bayaran SARA adalah seperti yang berikut :

  • Januari : RM100
  • Februari : RM100
  • MAC : RM100
  • April : RM100
  • Mei : RM100
  • Jun : RM100
  • Julai : RM100
  • Ogos : RM100
  • September : RM100
  • Oktober : RM100
  • November : RM100
  • Disember : RM100

Jumlah keseluruhan : RM1200, manakala untuk bujang adalah RM600/12 bulan.

Semak status mykasih anda sekarang.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *