Semak Kelayakan Bantuan RM300 Sabah Sekarang. Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 yang juga merupakan inisiatif bantuan untuk golongan miskin di Sabah.
Pada peringkat awal Bantuan ini mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.
Isi Kandungan
Baca Juga : Bantuan MyKad RM200: Dikreditkan Setiap Bulan (MySARA) , Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Fasa 1,2,3,4
Apa Itu Bantuan RM300 Sabah

Bantuan RM300 sabah yang juga merupakan Program Sentuhan Kasih Rakyat ialah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah.
rogram ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.
Jumlah Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Bantuan Yang akan diprolehi oleh penerima adalah sebanyak RM300 Selama Setahun membabitkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta.
Tarikh Pemberian Bantuan RM300 Sabah
Bantuan akan diberikan secara berfasa bermula pada Bulan Febuari 2025. Tarikh rasmi akan diumumkan dari masa ke semasa.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Sabah RM300 2025
Syarat dan kelayakan seperti berikut:
- Warga Malaysia (Rakyat Sabah
- Menetap di Negeri Sabah
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar
- Ketua Isi Rumah termasuk ahli keluarga berumur 18 tahun ke atas
Kenyataan Media Rasmi GRS – Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menggerakkan jenteranya di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengesan golongan miskin dan miskin tegar untuk memastikan mereka yang dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.
Senarai nama yang dikumpul akan diserahkan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan program ini.
Mekanisme pelaksanaan Program SYUKUR telah diluluskan oleh Kabinet Negeri, dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Rabu lalu telah mengarah pelaksanaan bantuan program ini dengan serta merta.
Di bawah program ini, ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM300, yang akan dilaksanakan secara berperingkat setiap suku tahun.
SYUKUR merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan bebas sara hidup rakyat dan tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗭𝗜
𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗜𝗙
𝗚𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
𝟮𝟲 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱
Penafian
Bantuan RM300 Sabah by Bantuan Kerajaan : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.
Sumber : https://sabah.gov.my/