Semakan Jumlah STR 2025: Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4

Semakan Jumlah STR 2025 Semak Disini : Jumlah Bayaran Penerima yang layak terdiri daripada keluarga B40 dan M40 kini di perbaharui mengikut status pendapatan dan kategori isi rumah bagi yang berkeluarga , ataupun individu bagi warga emas tiada pasangan dan bujang.

Rujuk disini untuk Semakan Jumlah STR 2025 .

Baca juga : LOGIN STR : Semak Jumlah Bantuan Fasa 2025 , Bantuan Barang Dapur RM2,100 Program MySARA Tahun 2025

Apa Itu STR 2025

STR merupakan bantuan kerajaan khusus untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang betul-betul memerlukan. Tujuannya adalah meringankan beban kos sara hidup melalui bantuan kewangan terus kepada golongan layak.

Melalui penyasaran semula subsidi, kerajaan berupaya meningkatkan pemberian STR 2025. Langkah ini memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus mendapat sokongan sewajarnya, selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Rujuk pada perenggan dibawah untuk semakan jumlah str 2025.

Syarat Permohonan STR 2025

semakan jumlah str

Pemohonan layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

a) Isi Rumah

  • Status Perkahwinan:
    Berkahwin
    Ibu/Bapa tunggal/balu/janda/duda dengan anak yang memenuhi syarat
  • Pendapatan:
    Pendapatan isi rumah maksimum RM5,000 sebulan

b) Warga Emas Tiada Pasangan

  • Status:
    Bujang/ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda TANCAI anak yang layak
  • Umur:
    60 tahun ke atas
  • Pendapatan:
    Pendapatan maksimum RM5,000 sebulan

c) Bujang

  • Status:
    Bujang/ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda TANPA anak layak
  • Umur:
    21–59 tahun (OKU: 19 tahun ke atas)
  • Pendidikan:
    BUKAN pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa
  • Pendapatan:
    Pendapatan Maksimum RM2,500 sebulan

Langkah Permohonan STR 2025

pastikan Permohonan STR melalui Sumber Rasmi iaitu laman web dibawah

Langkah 1: Daftar/Pastikan Kelayakan

  1. Semak syarat kelayakan STR 2025:
    • Isi rumah (pendapatan ≤ RM5,000).
    • Warga emas tiada pasangan (≥60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000).
    • Bujang (pendapatan ≤ RM2,500).
      (Rujuk Portal STR untuk syarat penuh).

Langkah 2: Kemaskini Maklumat

  1. Buka Portal STR:
  2. Kemaskini data jika perlu:
    • Alamat terkini.
    • Status perkahwinan/keluarga.
    • Maklumat bank (akaun aktif atas nama pemohon).

Langkah 3: Sediakan Dokumen

Dokumen Wajib:

  • Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
  • Sijil perkahwinan/penceraian (jika berkenaan).
  • Penyata pendapatan (contoh: slip gaji, penyata KWSP).
  • Penyata akaun bank (untuk pengesahan nombor akaun).

Langkah 4: Hantar Permohonan

  1. Isi borang permohonan di Portal STR:
    • Pilih kategori (Isi Rumah/Warga Emas/Bujang).
    • Masukkan maklumat mengikut dokumen sokongan.
  2. Muat naik dokumen dalam format PDF/JPEG (saiz fail ≤ 2MB).
  3. Klik “Hantar” dan simpan nombor rujukan permohonan.

Langkah 5: Semak Status Permohonan

  1. Semakan online:
    • Log masuk ke Portal STR > “Semakan Status”.
    • Masukkan No. Kad Pengenalan dan nombor rujukan.
  2. Tempoh proses:
    • Bergantng pada makluman semasa d laman web STR

Langkah 6: Terima Pengesahan

  1. Notifikasi melalui:
    • SMS ke nombor telefon berdaftar.
    • E-mel (jika ditambah dalam profil).
  2. Penerimaan kelulusan:
    • Bayaran terus ke akaun bank dalam 14 hari selepas kelulusan.

Buat semakan jumlah STR tahun 2025 sekarang.

Cara Semakan Jumlah STR 2025

Ikuti Langkah berikut untuk buat semakan jumlah STR 2025 :

semakan jumlah str
  • Sila layari laman rasmi STR 2025 di sini: Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah
  • Halaman utama portal akan dipaparkan, klik (TUTUP) untuk pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang pada ruangan yang disediakan.
  • Sila klik pada butang (Log Masuk)
  • Untuk pengesahan nombor kad pengenalan, klik pula butang (Semak)
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan klik (YA) sekiranya betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan
  • Klik pada bahagian (Semakan Permohonan)
  • Seterusnya, klik pada butang (Semakan 2025) di bawah.
  • Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  • Kemudian, klik pada butang ( MAKLUMAT BAYARAN)
  • Status semakan jumlah STR 2025 dipaparkan
  • Selesai
semakan jumlah str 2025

Anda juga boleh buat semakan jumlah STR 2025 melalui kaedah berikut :

  1. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  2. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  3. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Jadual Pembayaran Semakan Jumlah STR 2025

Kerajaan telah mengumumkan Pembayaran STR Fasa 1 bermula pada 22 januari 2025 , manakala jadual penuh pembayaran STR 2025 mengikut fasa adalah seperti berikut :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

STR Fasa 2 akan diagihkan pada bulan April 2025 . Tarikh tepat bergantung kepada keputusan semasa kementerian kewangan.

Maklumat Lanjut STR Fasa 2 2025

Sebarang Soalan atau maklumat lanjut sila pergi ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di Pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Penafian

STR Fasa 2 2025 by Bantuan Kerajaan : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Sumber

Leave a Comment