Tarikh Permohonan STR Fasa 3 2024 akan diumumkan seawal bulan Ogos setelah Fasa 1 dan 2 Sumbangan Tunai Rahmah STR berjaya dikreditkan kedalam akaun pemohon diseluruh Malaysia.
Sumbangan Tunai Rahmah juga dikenali sebagai STR telah dimanfaatkan oleh Pemohon terdiri daripada seluruh rakyat Malaysia. Bantuan telah disalurkan kedalam akaun Bank pemohon secara berperingkat dan ada juga yang menerima baucer tunai yang di tuntut melalui BSN cawangan terdekat.
Justeru ramai yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh permohonan STR Fasa 3 akan diketahui?
Isi Kandungan
Perbandingan Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2023 dan 2024
Kerajaan telah menambah peruntukan program subsidi bersasar STR Fasa 2 sebanyak 20% kepada RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.
Peningkatan ini sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti yang diilhamkan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Cara Melihat Status Permohonan STR Fasa 3 2024
Status permohonan STR Fasa 3 2024 dapat dilihat dan di semak melalui laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .
Berikut adalah cara semak STR Fasa 3 2024:
- Masuk kedalam laman web Rasmi HASIL : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pemohon dan tekan butang ‘semak’
- Masukkan kata kunci keselamatan dan kata laluan
- tekan butang ‘login’
- Paparan menu utama sila tekan ‘semakan permohonan’
- Status permohonan semasa dipaparkan
Sila Rujuk gambar dibawah untuk penjelasan yang lebih menarik dan terperinci.
Mari ikuti Channel Telegram Rasmi kami dan juga channel Whatsapp agar anda tidak terlepas info-info berkaitan sumbangan kerajaan yang akan disampaikan sepanjang Tahun.
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/Deskriptf
Jenis-Jenis Status permohonan STR Fasa 3 2024
Terdapat beberapa jenis status permohonan STR Fasa 3 yang anda perlu anda ketahui. antara status permohonan STR ialah:
- Status Permohonan STR Fasa 3 ‘Permohonan Diterima’
- Status Permohonan STR Fasa 3 ‘Dalam Proses’
- Status Permohonan STR Fasa 3 ‘Lulus’
- Status Permohonan STR Fasa 3 ‘Tidak Lulus’
Status Permohonan STR Fasa 3 ‘Permohonan Diterima’
Status ‘permohonan diterima’ adalah merujuk kepada permohonan sumbangan tunai rahmah yang telah berjaya diterima dan akan melalui proses verifikasi, permohonan masih boleh dikemaskini sehingga status bertukar ‘dalam proses’
Status Permohonan STR Fasa 3 ‘Dalam Proses’
Status ‘Dalam Proses’ merujuk kepada permohonan telah diterima dan sedang diproses untuk verifikasi kelayakan STR.
Status Permohonan STR Fasa 3 ‘Lulus’
Status ‘Lulus’ merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses verifikasi selesai.
Status Permohonan STR Fasa 3 ‘Tidak Lulus’
Status STR ‘Tidak Lulus’ adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak melepasi syarat kelulusan atau kelayakan selepas proses verifikasi selesai.
Bagi pemohon yang mendapat status STR ‘Tidak Lulus’, pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) permohonan STR untuk mengenal pasti alasan tidak lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan dalam proses rayuan STR.
Alasan Kod Permohonan STR ‘Tidak Lulus’
Sila rujuk Jadual dibawah untuk mengenalpasti alasan tidak lulus.
Kod | Alasan |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang |
07 | Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa |
10 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 |
11 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 termasuk pendapatan sewa |
12 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi |
13 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi termasuk pendapatan sewa |
14 | Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
15 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham |
16 | Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat |
17 | Pemohon berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad |
18 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham |
19 | Pasangan berdaftar sebagai Pengarah Syarikat |
20 | Pasangan berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad |
21 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
22 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
23 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
24 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
25 | Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) |
28 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM300,000 |
31 | Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi |
32 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian |
33 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
34 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
35 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
38 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan |
39 | Status Perkahwinan perlu pengesahan |
41 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan |
42 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan |
43 | Anak meninggal dunia |
44 | Anak tidak menepati syarat kelayakan |
48 | Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan |
Baca juga
Maklumat Lanjut Mengenai Permohonan STR Fasa 3 2024
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang ingin diajukan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pemohon boleh menghubungi talian
- Hotline BKK HASIL : 1800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565/4566
Anda juga boleh terus hadir ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang terdekat dengan tempat tinggal anda.
Sila Rujuk Laman Web Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah untuk Rujukan yang lengkap dan Soalan2 lazim yang diajukan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.