Semakan status permohonan STR Fasa 3 kini boleh di semak melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah yang diselia dan di uruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Apakah Maksud STR Fasa 3 ?
STR Fasa 3 Merupakan salah satu fasa dalam pembayaran bantuan kewangan yang disediakan kepada penerima yang layak dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR.
Sumbangan Tunai Rahmah dibahagikan kepada 4 Fasa Bayaran dimana pemohon telah pun menerima bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 masing-masing pada bulan Februari dan bulan April manakala Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan Ogos dan Fasa 4 pada bulan November.
Jumlah Pembayaran status permohonan STR Fasa 3 pada umumnya akan diberikan berdasarkan beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan dengan jadual dan jumlah bayaran yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.
Cara Semakan Status Permohonan STR Fasa 3
Semakan Status STR Fasa 3 boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi LHDN di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Login terlebih dahulu dengan memasukkan nombor MyKad (12 digit).
- Klik Butang ‘Log Masuk’ berwarna biru untuk meneruskan proses.
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik Butang ‘Log Masuk’ untuk mengakses akaun MySTR
- dalam paparan menu utama, tekan pada ruangan ‘Semakan Permohonan’
- Status permohonan akan dipaparkan.
Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/Deskriptf
Bilakah Tarikh Pembayaran STR Fasa 3
Tarikh bayaran status permohonan STR bagi tahun 2024 telah diumumakn secara rasmi mengikut jadual gambar dibawah :
Jadual Bayaran bagi STR mengikut Fasa adalah seperti berikut:
- Fasa 1: 29 Januari 2024
- Fasa 2: 3 April 2024
- Fasa 3: Ogos 2024
- Fasa 4: November 2024
Tarikh tepat pembayaran STR Fasa 3 akan diumumkan secara rasmi oleh perdana menteri Malaysia dalam masa yang terdekat.
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) Permohonan STR Fasa 3 2024
Sekiranya nama pemohon tiada di dalam rekod. ataupun permohonan tidak di luluskan. Pemohon peru membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi dilakukan semula mengikut kategori kelayakan STR yang dimuktamadkan.
Kaedah permohonan semakan semula (Rayuan) STR 2024 adalah secara dalam talian atau mengemukakan borang ke pejabat HASIL berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.
permohonan Semakan Semula (rayuan) STR 2024 secara dalam talian tidak boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai status duplikasi dan kod 32- permohonan dari luar negara secara dalam talian.
Soalan Lazim (FAQ) Status Permohonan STR Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Sumber : HASIL