Senarai Barang MyKasih : Jenama, Kedai & Pasaraya

Terdapat 13 Senarai Barang Mykasih yang diluluskan untuk pembelian SARA antaranya ialah: Beras, Minyak Masak, Telur, Biskut, Minuman, Makanan Dalam Tin, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan, Roti, Tepung, Mee Segera, Bahan Perasa, dan Barangan Sekolah. Semak Senarai Barang MyKasih dan Jenama yang terdapat di setiap kedai runcit dan Pasaraya di seluruh Negara.

Baca Juga : Senarai Kedai MyKASIH Negeri Sabah Tahun 2025, Senarai Kedai MyKASIH Tahun 2025 Mengikut Negeri

Apa itu MyKasih

MyKasih atau Bantuan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program bantuan yang disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di Malaysia. Program ini bertujuan untuk membantu keluarga yang memerlukan dengan menyediakan bantuan kewangan yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan Mykad Di Kedai Runcit dan juga Pasaraya yang terpilih.

Kelayakan Bantuan MyKasih

Kelayakan terbahagi kepada 2 kategori iaitu Miskin Tegar dan Miskin eKasih :

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Cara Semak Kelayakan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah)

senarai Barang MyKasih

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

  1. Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  3. Semakan terus melalui portal rasmi
  4. Menghubungi
    • Semakan kelayakan SARA
      • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
      • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • Semakan pelaksanaan SARA
      • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800

Senarai Barang MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah)

Terdapat 13 Kategori barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian SARA antaranya ialah: Beras, Roti, Telur, Minyak Masak, Tepung, Biskut, Mi Segera, Minuman, Makanan dalam Tin, Bahan Perasa, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan dan Barang Persekolahan.

Contoh Barang Asas yang disebutkan diatas adalah :

  1. Beras
  2. Minyak masak
  3. Telur
  4. Biskut
  5. Minuman
  6. Makanan Dalam Tin
  7. Produk Kebersihan
  8. Ubat-Ubatan
  9. Roti
  10. Tepung
  11. Mee Segera
  12. Bahan Perasa
  13. Barangan Sekolah

Senarai Barang Mykasih Mengikut Jenama :

BarangJenama Rasmi
BerasJasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza
Minyak masakSeri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife
TelurNutriplus, QL Eggs, CP
BiskutMunchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng
MinumanBoh, Ducth Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico
Ubat-UbatanProspan, Hurix’s Sterimar, Panadol, Difflam
Barangan SekolahStabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih
Makanan dalam tinTC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup
RotiMassimo, Gardenia, Mighty White
TepungBlue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh,
Mee SegeraIndo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan
Bahan PerasaPuteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta
Produk KebersihanColgate, Kotex, Dettol
Senarai Barang MyKasih Tahun 2025

Senarai Kedai Runcit Dan Pasaraya MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah)

Senarai kedai runcit dan pasaraya pembelian SARA boleh disemak melalui pautan yang berikut : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

Masukkan Nama Bandar, Negeri seterusnya tekan butang Cari.

Senarai Barang MyKasih

Langkah Pembelian Barang MyKasih Di Kedai Runcit Dan Pasaraya

Terdapat 6 langkah mudah yang perlu dibuat semasa pembelian Senarai Barangan Mykasih dikedai runcit dan pasaraya, semak 6 langkah dibawah:

  1. Pilih barang keperluan:
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin:
    Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas Kod Barangan:
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad:
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan:
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Senarai Barang MyKasih

Cara Menyemak Baki Selepas Pembelian Senarai Barang Mykasih

Senarai Barang Mykasih

Maklumat Lanjut :

Maklumat lanjut mengenai Senarai Barang Mykasih, sila pergi ke laman web di pautan :

Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :

MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.


Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
[email protected]

Penafian

Senarai Barang MyKasih Tahun 2025 : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment