Senarai Harga Bateri kereta Terkini Ogos 2024

Harga bateri kereta 2024 adalah berbeza-beza mengikut jenis, kapasiti, kualiti, jenama, teknologi dan ciri-ciri tambahan.

Bateri kereta merupakan komponen penting untuk menghidupkan enjin kereta, apabila bateri rosak ataupun habis, kereta tidak dapat di hidupkan.

perkara penting sebelum membeli bateri kereta, anda perlu mengetahui spesifik kereta anda.

Harga Bateri Kereta terkini Ogos 2024

Berikut disenaraikan harga bateri kereta terkini mengikut jenama :

Harga Bateri Kereta Amaron

  • NS40 Amaron Go Car Battery (MF) – RM170.00
  • NS40ZL AMARON GO CAR BATTERY – RM195.00
  • NS60L Car Battery Amaron GO – RM225.00
  • NS70L AMARON GO 65D26L (MF) – RM325.00
  • Amaron DIN55 DIN55L Hi Life Pro Battery MF – RM330.00
  • AMARON Go 95D31L Car Battery – RM388.00
  • S95/105D26L AMARON HI LIFE DURO – RM530.00
harga bateri kereta 1
Senarai Harga Bateri kereta Terkini Ogos 2024 5

Harga Bateri Kereta Century

  • Century Car Battery NS40ZL – RM120-RM170
  • Century Car Battery NS60 – RM140-RM180
  • Century Car Battery NS70 – RM190-RM245
  • Century Car Battery DIN55 – RM190-RM245
  • Century Car Battery 55D23L – RM190-RM245
  • Century Car Battery EFB M42 Marathoner – RM340
  • Century Car  Battery DIN66L Marathoner – RM353
  • Century Car Battery EFB Q85 Marathoner – RM495
harga bateri kereta 2
Senarai Harga Bateri kereta Terkini Ogos 2024 6

Harga Bateri Kereta Camel

  • Camel NS40ZL Car Battery (40B19L) – RM168
  • Camel NS60LS Car Battery (50B24LS) – RM178
  • Camel NS60L Car Battery – RM215
  • Camel M42 50B19L EFB Start Stop Battery – RM290
  • Camel Car Battery DIN66 (56638) – RM308
  • Camel Car Battery 58043/DIN88L – RM335
  • Camel Q85 95D23L 670A CCA – RM430
harga bateri kereta 3
Senarai Harga Bateri kereta Terkini Ogos 2024 7

Harga Bateri Kereta Varta

  • NS40 34B19L Varta Car Battery – RM250
  • NS40 42B20L Varta Car Battery – RM280
  • 55D23L Varta Car Battery – RM290
  • NS70 Varta Car Battery – RM330
  • DIN55 R/L (55548/55530) Varta Car Battery – RM354
  • M42 60B20L EFB Varta Car Battery – RM360
  • DIN75 Varta Car Battery – RM520
harga bateri kereta 4
Senarai Harga Bateri kereta Terkini Ogos 2024 8

Harga yang dipaparkan merupakan anggaran harga sahaja, Harga sebenar Bateri kereta mungkin berbeza beza mengikut tempat

Perkara Penting Sebelum Membeli Bateri Kereta

Beberapa perkara penting perlu diambil kira sebelum membeli bateri kereta untuk memastikan produk bateri yang dibeli bersesuaian dengan kereta anda. Berikut adalah beberapa Faktor utama yang perlu dititikberatkan :

Jenis Bateri Kereta

Terdapat 4 jenis bateri kereta iaitu :

  1. Bateri Kering (Maintainance-Free) : Bateri ini tidak memerlukan penyelenggaraan air bateri, tetapi harga bateri kereta ini lebih mahal berbanding Harga bateri kereta yang lain.
  2. Bateri Basah : Bateri kereta lebih murah berbanding bateri kering tetapi memerlukan penyelenggaraan air secara berkala.
  3. Bateri EFB (Enhance Flooded Battery) : kereta yang menggunakan teknologi idle stop adalah sesuai menggunakan jenis bateri ini kerana bateri ini efisyen dalam menggunakan bahan api.
  4. Bateri AGM (Absorbent Glass Mat) : Sesuai digunakan oleh pemilik kenderaan dengan sistem elektrik yang kompleks dan teknologi start-stop.

Spesifikasi Bateri

  1. Cold Cranking Amps (CCA) : pastikan memilih bateri yang mempunyai CCA yang tinggi supaya enjin dapat hidup pada suhu yang rendah.
  2. Kapasiti (Ampere-Hour,Ah) : Pastikan anda memilih kapasiti bateri yang bersesuaian dengan kereta yang anda miliki, kapasiti yang lebih tinggi emberikan daya tahan yang lebih lama.
  3. Saiz Bateri : Pastikan saiz bateri yang dibeli sesuai dengan ruang yang disediakan di dalam kereta, anda boleh merujuk manual pengguna kereta untuk mengetahui saiz bateri yang sesuai dengan kereta anda.

Jenama dan Kualiti

Jenama yang dipilih merupakan jenama yang boleh dipercayai serta mempunyai rekod yang baik di kalangan pengguna, antara jenama yang disyorkan ialah :

  • Century
  • Amaron
  • Bosch
  • Exide
  • Yuasa
  • Maxxis
  • Delkor
  • Varta
  • Camel

Keperluan Semasa Kereta

Pastikan pilihan bateri sesuai dengan keperluan semasa kenderaan anda, sebagai contoh, kereta dengan sistem audio yang kompleks memerlukan bateri dengan kapasiti yang lebih besar.

Lokasi Pembelian

Lokasi pembelian bateri kereta amat penting, anda perlu membeli dari kedai atau penjual yang dipercayai supaya barang yang dibeli adalah original, produk asli dan berkualiti tinggi.

Bateri Kereta Habis di Tengah Jalan, Siapa yang perlu saya Hubungi?

Jangan risau sekiranya bateri kereta anda habis di tengah perjalanan, terdapat beberapa laman web yang menyediakan servis menghantar bateri kereta percuma meliputi seluruh Malaysia.

Anda boleh melayari laman web Bateriku.com atau menghubungi terus melalui whatsapp di talian https://api.whatsapp.com/send?phone=601116006008

Selain daripada bateriku.com , anda juga boleh menghubungi baterihub di laman web : https://www.baterihub.com/ms/

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *