Berikut merupakan senarai Perdana Menteri Malaysia bermula dari Tahun 1957 sehingga 2024 iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehingga kini iaitu Perdana menteri malaysia yang kesepuluh.
Perdana Menteri Malaysia merupakan ketua kerajaan yang bertanggungjawab memimpin Negara dan Rakyat demi mengekalkan kemakmuran negara.
Pedana menteri Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah memenangi pilihan raya umum. Parti yang memenangi kerusi terbanyak pada pilihan raya umum akan membentuk kerajaan dan memilih calon-calon mereka untuk dijadikan perdana menteri.
Pelantikan rasmi Perdana Menteri dibuat selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Artikel Menarik :
Isi Kandungan Senarai Perdana Menteri Malaysia
Senarai Perdana Menteri Malaysia adalah seperti dibawah bermula dari Perdana Menteri malaysia yang pertama (1) sehingga Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh (10). Senarai Perdana Menteri Malaysia adalah seperti Berikut :
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Biodata ringkas Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seperti Berikut :
- Nama Penuh : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
- Tarikh Lahir : 8 Febuari 1903
- Tempat Lahir : Alor Star, Kedah
- Gelaran : Bapa Kemerdekaan / Bapa Malaysia
- Tempoh Pentadbiran : 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970
13 Tahun 23 Hari dalam Pentadbiran
Tun Abdul Razak Bin Hussein
Tun Abdul Razak Bin Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Dasar ekonomi baharu merupakan sebahagian daripada perjuangan Tun Abdul Razak. Biodata ringkas Tun Abdul Razak Bin Hussein adalah seperti berikut :
- Nama Penuh : Tun Abdul Razak Bin Hussein
- Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
- Tempat Lahir : Pulai Keladi, Pekan, Pahang
- Gelaran : Bapa Pembangunan
- Tempoh Pentadbiran : 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976
5 Tahun 3 Bulan dan 24 Hari dalam pentadbiran
Tun Hussein Onn
Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.
- Nama Penuh : Tun Dato’ Hussein bin Dato’ Onn
- Tarikh Lahir : 12 Febuari 1922
- Tempat Lahir : Johor
- Gelaran : Bapa Perpaduan
- Tempoh Pentadbiran : 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981
5 Tahun 6 Bulan dan 2 Hari dalam pentadbiran
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri Malaysia yang keempat . Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat dan satu-satunya Orang yang pernah menyandang jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali
- Nama Penuh : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
- Tarikh Lahir : 10 Julai 1925
- Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
- Gelaran : Bapa Pemodenan
- Tempoh Pentadbiran : 16 Julai 1981 -hingga 31 Oktober 2003
22 tahun 3 bulan 15 hari dalam pentadbiran
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep “Islam Hadhari” yang menekankan kemajuan dan pembangunan sosial selari dengan nilai-nilai Islam. Beliau juga merupakan bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri Malaysia.
- Nama Penuh : Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
- Tarikh Lahir : 26 November 1939
- Tempat Lahir : Penang
- Gelaran : Bapa Pembangunan Modal Insan
- Tempoh Pentadbiran : 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009
5 tahun 5 bulan 3 hari dalam pentadbiran
Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Dato’ Sri Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Dato’ Sri Najib Razak memperkenalkan pelbagai inisiatif pembangunan infrastruktur dan sosial, termasuk pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan 1Malaysia. ETP bertujuan untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara, manakala 1Malaysia berusaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi antara rakyat. Beliau juga mempelopori pembinaan projek-projek mega seperti MRT dan pembangunan Koridor Wilayah yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia.
- Nama Penuh : Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
- Tarikh Lahir : 23 Julai 1953
- Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang
- Gelaran : –
- Tempoh Pentadbiran : 3 April 2009 hingga 10 Mei 2018
9 tahun 1 bulan 7 hari dalam pentadbiran
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri Malaysia yang ketujuh. Setelah hampir 15 tahun meninggalkan pejabat Perdana Menteri, Mahathir kembali ke jawatan tersebut dalam Pilihan Raya Umum 2018, menjadikannya Perdana Menteri Malaysia tertua pada usia 92 tahun. Kembalinya beliau menandakan satu perubahan politik besar dalam negara, dan beliau terus memainkan peranan penting dalam politik Malaysia.
- Nama Penuh : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
- Tarikh Lahir : 10 Julai 1925
- Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
- Gelaran : Bapa Pemodenan
- Tempoh Pentadbiran : 10 Mei 2018 hingga 24 Febuari 2020
1 tahun 9 bulan 15 hari dalam pentadbiran
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji MD Yasin
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji MD Yasin merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelapan. Beliau menjadi Perdana Menteri dalam keadaan yang sangat mencabar, iaitu semasa pandemik COVID-19. Beliau mengendalikan pelbagai aspek pengurusan krisis kesihatan dan ekonomi, serta melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan virus.
- Nama Penuh : Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji MD Yasin
- Tarikh Lahir : 15 Mei 1947
- Tempat Lahir : Muar, Johor
- Gelaran : –
- Tempoh Pentadbiran : 1 Mac 2020 hingga 21 Ogos 2021
1 tahun 5 bulan 21 hari dalam pentadbiran
Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan. Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Malaysia semasa pandemik COVID-19, dan beliau meneruskan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh pendahulunya, sambil menambah langkah-langkah baru untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi.
- Nama Penuh : Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
- Tarikh Lahir : 18 Januari 1960
- Tempat Lahir : Bera, Pahang
- Gelaran : –
- Tempoh Pentadbiran : 21 Ogos 2021 hingga 24 November 2022
1 tahun 3 bulan 3 hari dalam pentadbiran
Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh juga dikenali sebagai PMX. Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh politik yang telah melalui pelbagai liku-liku hidup, termasuk tempoh tahanan politik. Beliau adalah pengasas dan presiden parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memainkan peranan penting dalam reformasi politik Malaysia.
- Nama Penuh : Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
- Tarikh Lahir : 10 ogos 1947
- Tempat Lahir : Penang
- Gelaran : –
- Tempoh Pentadbiran : 24 November 2022 hingga sekarang.
Sumber Rujukan Senarai Perdana Menteri Malaysia :
- Senarai Perdana Menteri Malaysia Keluaran Laman Web Rasmi Bahagian kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri
- Biografi Senarai Perdana Menteri Malaysia Keluaran Perdana Leadership Foundation Yayasan Kepimpinan Perdana
- Gambar Senarai Perdana Menteri Malaysia Keluaran Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia