Sistem Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Kiraan Kenaikan Gaji Penjawat Awam kini boleh dilakukan selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke 19 beberapa hari lepas.

Dalam Majlis Amanat tersebut perdana menteri telah menyampaikan perkara penting mengenai Perkhidmatan Awam di Negara ini.

Berikut adalah senarai makluman penting berkenaan perkara yang telah disampaikan oleh perdana menteri dalam majlis tersebut.

Jumlah Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Pelaksanaan pelarasan gaji dilaksanakan secara berfasa, Fasa 1 8% pada 1 disember 2024 dan Fasa 2 7% pada 1 Januari 2026.

Kumpulan pelaksana akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15% keseluruhan manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima 7%.

Julat peningkatan pendapatan akan diterima oleh penjawat awam antara 16.8% sehingga 42.7% dengan mengambil kira faedah berganda.

Insentif berasaskan prestasi akan diberikan kepada pegawai yang mencapai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 tahun selepas Time-Based kecemerlangan (TBK)

KENAIKAN GAJI 1
Sistem Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 4

Faktor Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Antara Faktor kenaikan ini direalisasikan kerana sudah lama gaji kerajaan pada tahap yang sama.

Selain itu, negara berhasil meningkatkan Pelaburan sebanyak RM83.7 bilion dalam tempoh januari sehingga mac 2024 disebabkan khidmat cemerlang daripada ratusan pegawai di beberapa kementerian.

pengiktirafan kepakaran ini telah diberikan kepada pegawai yang berkelayakan sebagai pegawai Subject Matter Expert (SME) .

Sistem Terbaru Kerajaan Selepas Pengumuman kenaikan Gaji Penjawat Awam

KENAIKAN GAJI 2
Sistem Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 5
  • Kerajaan akan laksana sistem penilaian prestasi tahunan baharu bagi menggantikan laporan nilaian prestasi tahunan kepada MyPERFORMANCE.
  • Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib, jejaskan peluang kenaikan pangkat.
  • Markah penilaian prestasi tahunan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat dinaikkan daripada 80% kepada 85% .
  • Kerajaan setuju tambah baik aspek pengurusan prestasi, tatakelakuan, dan pengurusan tatatertib.
  • Markah penilaian prestasi penjawat awam bagi kelayakan pergerakan gaji tahunan (PGT) dinaikkan kepada 60% kepada 75%.
  • Peraturan dan pekeliling kerajaan yang melibatkan urusan orang awam perlu diteliti semula.

Penambahbaikan Sistem Selepas Kenaikan Gaji penjawat Awam

KENAIKAN GAJI 3
Sistem Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 6
  • Skim perkhidmatan yang mempunyai fungsi perkhidmatan tidak relevan, bertindih dan terpencil akan dipindahkan kepada skim perkhidmatan lain.
  • Kerajaan setuju menyeragamkan dan mengkelaskan semula jawatan secara menyeluruh berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan awam.
  • Kelayakan masuk minimum kedalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada SPM atau setara.
  • Kerajaan akan laksana Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri berkuat kuasa 1 Januari 2025
  • JPA melakukan Audit perjawatan yang menyeluruh bagi mengenalpasti ketidakseimbangan perjawatan.

Pengiraan Gaji Baharu Penjawat Awam

Klik butang Kira Sekarang untuk mengira Gaji baharu menggunakan kalkulator SSPA dibawah

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *