DEEP : Sistem Penilaian Prestasi Demerit Kerajaan 2024

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, mengumumkan bahawa sistem penilaian baru, Demerit Performance Evaluation (DEEP) / Sistem Penilaian Prestasi Demerit, akan diperkenalkan untuk menilai semua penjawat awam mulai tahun ini. Pengumuman ini dibuat selepas majlis penyampaian amanat 2024 di sini hari ini.

Menurut Tan Sri Mohd Zuki, pelaksanaan sistem Penilaian Prestasi Demerti telah mendapat persetujuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sistem ini memperkenalkan pendekatan penilaian yang berdasarkan kepada markah penuh sebanyak 100 peratus. Penjawat awam akan memulakan penilaian dengan jumlah mata ini dan akan dikenakan demerit jika gagal mencapai objektif atau petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.

Tan Sri Mohd Zuki menjelaskan bahawa tujuan utama DEEP adalah untuk memastikan penilaian ke atas keupayaan dan kesungguhan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. “Dengan DEEP, kita mengukur prestasi melalui markah yang diberikan 100 peratus, dan jika tidak mencapai KPI atau gagal melaksanakan tugasan, demerit akan dikenakan,” katanya.

Sumber : Astro Awani

Sistem penilaian prestasi demerit
DEEP : Sistem Penilaian Prestasi Demerit Kerajaan 2024 2

Apakah itu Sistem DEEP ?

Sistem DEEP merupakan singkatan kepada Demerit Performance Evaluation atau Sistem Penilaian Prestasi Demerit bertujuan sebagai kaedah menilai prestasi penjawat awam yang diperkenalkan tahun 2024, ringkasan Sistem DEEP adalah seperti berikut :

  • Merit : Setiap penjawat awam mempunyai 100 mata Merit. Jika mereka gagal mencapai sasaran atau KPI, markah akan ditolak.
  • Demerit: Jika penjawat awam tidak memenuhi objektif yang ditetapkan, mereka akan dikenakan demerit.

Sistem DEEP dijangka dapat meningkatkan keberkesanan dan kebertanggungjawaban dalam sektor awam, dengan menekankan pentingnya pencapaian KPI dan prestasi kerja. Ini merupakan langkah strategik dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan memastikan penjawat awam melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *