SKAS SARAWAK 2025: Permohonan 2025 Dibuka Sekarang

PERMOHONAN SKAS SARAWAK ONLINE : REGISTER BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK RM800 & RM400 & RM250

Pihak Kerajaan Negeri Sarawak komited untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Sarawak terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu, pelbagai peruntukan bantuan yang disasarkan bagi tahun 2025 termasuklah Bantuan SKAS dengan peruntukan mencecah RM450 juta.

Bagaimanakah permohonan skas secara online? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

Baca Juga : Semakan Bantuan RM300 Sabah: Sentuhan Kasih Rakyat

Apa Itu SKAS Sarawak

SKAS merupakan bantuan kewangan berbentuk baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian barangan makanan asas.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari, SKAS yang diperuntukkan sebanyak RM450 juta pada tahun hadapan dijangka akan memanfaatkan kira-kira 850,000 penerima bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.

Jumlah Bantuan SKAS Sarawak

Jumlah bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bermula dari RM250 hingga maksimum RM800 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan. Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800.
  • Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250.
  • Penerima kategori warga emas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400

Cara Memohon SKAS Sarawak

SKAS Sarawak
  1. Layari laman web Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak
  2. Klik Check Eligibility (Sila pastikan anda mempunyai akaun SarawakID yang sah.)
  3. Log masuk menggunakan akaun SarawakID anda dan klik Next.
  4. Klik My Individual Account.
  5. Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
  6. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Sekiranya layak, anda perlu kemaskini maklumat S Pay Global anda. Pastikan anda sudah mendaftar dan memuat turun aplikasi S Pay Global ke telefon bimbit anda.

Cara Mendaftar Sarawak ID

Jika anda masih belum mempunyai SarawakID, sila rujuk langkah membuat pendaftaran berikut:

  1. Layari https://sarawak.gov.my dan klik pautan Daftar.
  2. Pilih Jenis Pengenalan.
  3. Lengkapkan Profil anda dan klik Teruskan.
  4. Lengkapkan Butiran Akaun dan klik Teruskan.
  5. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP. Klik Hantar.
  6. Masukkan OTP dan Klik Hantar.
  7. Sistem papar mesej Verified. Klik Teruskan.
  8. Pendaftaran berjaya. Klik Log Masuk untuk log masuk ke akaun SarawakID anda.

untuk panduan penuh sila pergi ke laman web rasmi panduan mendaftar Sarawak ID

Cara Mendaftar S PAY GLOBAL

SKAS Sawarak
  1. Muat turun aplikasi S Pay Global di Apps Store atau Google Play Store dalam telefon anda.
  2. Pilih “New User Registration”.
  3. Pilih warganegara anda.
  4. Isikan butir-butir maklumat anda.
  5. Muat naik gambar MyKad anda.
  6. Pastikan muka anda dalam bulatan untuk tujuan rakaman.
  7. Masukkan no.TAC yang dihantar ke no.telefon anda untuk pengesahan. Kemudian sila log masuk.
  8. Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan pembayaran anda nanti.
  9. Tahniah! Pendaftaran anda telah berjaya. Mulakan gaya hidup CASHLESS anda dengan S Pay Global!

Tarikh Permohonan SKAS SARAWAK

SKAS SARAWAK

Bagi yang tidak tersenarai dalam STR tetapi memenuhi kriteria kelayakan boleh mengemukakan permohonan rayuan.

Permohonan rayuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dibuka mulai 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025 melalui laman web https://sarawak.gov.my.

Rakyat Sarawak yang layak dan belum mendaftar dengan S Pay Global tidak perlu risau kerana pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.

Maklumat Lanjut SKAS Sarawak

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pusat Talikhidmat kami dengan mengisi borang atas talian atau menghubungi kami di talian +6082-555999, atau menghantar emel ke [email protected].

Sebagai alternatif, anda boleh melawat mana-mana Pejabat Daerah atau Pusat Perkhidmatan Sarawak untuk mendapatkan bantuan.

Service Sarawak Centre Kuching
UTC Aras 1, Bangunan UTC Sarawak,
Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching,
Sarawak Service Sarawak Centre Sibu
UTC Aras 1, Bangunan UTC Sibu,
No 2, Jalan Bengkel, 96000 Sibu, Sarawak.
Service Sarawak Centre Miri
Aras Bawah, Bangunan UTC Miri, Lot 526,
Jalan Kwangtung 98000 Miri, Sarawak.
Service Sarawak Centre Serian
Tingkat Bawah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Serian),
Jalan Pengarah Rahun Debak, 94700 Serian, Sarawak.
Service Sarawak Centre Sri Aman
Tingkat Bawah, Hotel Seri Simanggang,
95000 Simanggang, Sarawak 
Service Sarawak Centre Betong
Lot 614-615, Jalan Lee Kai Teng 95700 Betong, Sarawak
Service Sarawak Centre Sarikei
Level 1, Lot 755 Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak
Bahagian Sarikei, Jalan Seng Lee
96100 Sarikei

Soalan Lazim SKAS Sarawak 2025

Bagaimanakah cara untuk saya menyemak status penerima?

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 secara automatik akan menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Semakan nama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat menerusi laman web https://sarawak.gov.my mulai 1 Januari 2025.

Sekiranya nama saya ada dalam senarai penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), bagaimanakah bantuan tersebut akan diberikan kepada saya?

Bantuan akan disalur terus menerusi aplikasi SPay Global milik penerima. Untuk itu, penerima perlu memuat turun aplikasi SPay Global di telefon pintar masing-masing. Gambarajah dibawah merupakan langkah-langkah untuk mendaftar SPay Global.

Apakah yang saya perlu lakukan, jika notifikasi menyatakan akaun SPay Global saya telah wujud, namun saya tidak mengetahui kewujudan akaun tersebut?

Akaun SarawakID dan akaun SPay Global menggunakan username/ID yang sama.  Seterusnya untuk mendapatkan maklumat sarawakID, pengguna adalah disarankan untuk mengemaskini maklumat SarawakID anda di laman web https://sarawak.gov.my. Log masuk menggunakan nombor mykad.

Leave a Comment