Skim Pembiayaan Motor – Tekun Mobilepreneur 4.0 merupakan sebuah inisiatif pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh TEKUN Nasional, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Isi Kandungan
Pengenalan Skim Pembiayaan Motor – Tekun Mobilepreneur 2024
Skim pembiayan motor tekun merupakan lanjutan kepada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini. Skim ini dilaksanakan untuk usahawan yang beroperasi dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove, dan sebagainya bagi tujuan :
- Pembelian motosikal
- Baik Pulih motosikal
- Modal Pusingan
Kemudahan pembiayaan
Berikut merupakan bantuan yang ditawarkan oleh Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 :
- Jumlah Pinjaman:
i) Baik Pulih Motosikal & Modal Pusingan: RM1,000.00 – RM5,000 sahaja
ii) Pembelian Motosikal: RM1,000 – RM10,000 sahaja - Tempoh Bayaran Balik: Sehingga 36 bulan @ 3 tahun
- Kadar Keuntungan: 4% setahun
- Simpanan: 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun
Kelayakan Permohonan Skim Pembiayaan Tekun:
Syarat-Syarat untuk memohon Skim pembiayaan motor MobilePreneur 4.0 terbahagi kepada 2 iaitu syarat asas dan syarat tambahan, sila rujuk syarat-syarat dibawah.
Syarat Kelayakan Asas Skim Pembiayaan Motor Tekun :
- Bumiputera dan Warganegara Malaysia
- Berusia 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan berakhir sehingga usia 65 tahun)
- Tidak muflis
- Syarikat 100% milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Memiliki Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih berkuat kuasa.
- Bagi perniagaan informal, pengesahan menjalankan perniagaan dari Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
- Memiliki lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak /atas talian (online).
- Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan.
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda).
- Kadar modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000).
- Untuk pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
- Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk memohon pembiayaan.
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd), wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan.
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah mematuhi Syariah.
Syarat Kelayakan Tambahan Skim Pembiayaan Motor Tekun :
- Memiliki lesen memandu B1/B2 yang sah.
- Memiliki pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
- Memiliki motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
- Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
- Untuk pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlu diisi oleh penerima biaya selepas membuat pembelian motosikal sebagai bukti pembelian.
- Penerima biaya wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut:
- Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau
- Cek tarikh tertunda.
Jom Join Group Telegram dan Whatsapp Rasmi Deskriptif.com untuk mendapatkan pelbagai info terkini bantuan kerajaan yang akan disalurkan sepanjang Tahun.
Cara Memohon Skim Pembiayaan Motor Tekun:
Permohonan untuk Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.
Pemohon boleh memuat turun borang permohonan pembiayaan atau merujuk serta hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut.
Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Skim Pembiayaan Motor Tekun serta dokumen tambahan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
- Lesen/Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) atau Pengesahan menjalankan perniagaan dari Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
- Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan/akaun Semasa yang mengandungi nama/syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
- Dokumen Pengesahan/Perakuan Bekas Penjawat Keselamatan
Dokumen tambahan yang mungkin diperlukan termasuk :
- Salinan dokumen pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar / ID e-hailing
- Dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
- Tiga (3) bulan penyata e-hailing terkini
Artikel Menarik
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim pembiayaan motor ini, anda boleh menghubungi Pejabat Tekun di Talian 03-9059 8888 , anda juga boleh menghantar emel terus ke mailbox@tekun.gov.my untuk sebarang pertanyaan dan juga permohonan.
Sila Rujuk maklumat lengkap disini : https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/skim-pembiayaan-tekun-mobilepreneur-4-0/
Penafian: Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.