Semakan STR Bujang Kini Dibuka Sepanjang Tahun. Jumlah bantuan STR Bujang pada tahun 2025 yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah mengikut pendapatan bulanan.
Permohonan STR bujang yang layak akan mendapat bantuan tunai terus kedalam akaun bank yang didaftarkan didalam akaun MySTR.
Semak Sekarang Jumlah Bantuan STR Bujang bagi tahun 2025.
Isi Kandungan
Baca Juga: LOGIN STR : Semak Jumlah Bantuan Fasa 2025 , STR Fasa 2 2025 : Semakan Status dan Tarikh Agihan Bayaran
APA ITU STR BUJANG?
STR Bujang merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan Bujang yang berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
KELAYAKAN STR BUJANG 2025
Kelayakan STR Bujang tahun 2025 ditentukan seperti berikut:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota:
- Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
TEMPOH PERMOHONAN STR 2025
Permohonan STR Bujang dibuka sepanjang tahun melalui laman web rasmi MySTR.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Jumlah Bayaran STR bujang pada tahun 2025 adalah sebanyak RM600.

KAEDAH BAYARAN STR 2025
- Kredit ke Akaun Bank:
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank.
- Status pengkreditan gagal kredit.
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
CARA PERMOHONAN STR BUJANG 2025

Pastikan Permohonan STR Bujang melalui Sumber Rasmi iaitu laman web dibawah
- Portal STR: MySTR BANTUAN TUNAI RAHMAH KATEGORI BUJANG
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Langkah 1: Daftar/Pastikan Kelayakan
- Semak syarat kelayakan STR 2025:
- Isi rumah (pendapatan ≤ RM5,000).
- Warga emas tiada pasangan (≥60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000).
- Bujang (pendapatan ≤ RM2,500).
(Rujuk Portal STR untuk syarat penuh).
Langkah 2: Kemaskini Maklumat
- Buka Portal STR:
- Akses Portal STR
- Log masuk dengan No. Kad Pengenalan dan kata laluan.
- Kemaskini data jika perlu:
- Alamat terkini.
- Status perkahwinan/keluarga.
- Maklumat bank (akaun aktif atas nama pemohon).
Langkah 3: Muat Naik Dokumen
Dokumen Wajib:
- Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
- Sijil perkahwinan/penceraian (jika berkenaan).
- Penyata pendapatan (contoh: slip gaji, penyata KWSP).
- Penyata akaun bank (untuk pengesahan nombor akaun).
Langkah 4: Hantar Permohonan
- Isi borang permohonan di Portal STR:
- Pilih kategori (Isi Rumah/Warga Emas/Bujang).
- Masukkan maklumat mengikut dokumen sokongan.
- Muat naik dokumen dalam format PDF/JPEG (saiz fail ≤ 2MB).
- Klik “Hantar” dan simpan nombor rujukan permohonan.
Langkah 5: Semak Status Permohonan
- Semakan online:
- Log masuk ke Portal STR > “Semakan Status”.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan nombor rujukan.
- Tempoh proses:
- Bergantng pada makluman semasa d laman web STR
Langkah 6: Terima Pengesahan
- Notifikasi melalui:
- SMS ke nombor telefon berdaftar.
- E-mel (jika ditambah dalam profil).
- Penerimaan kelulusan:
- Bayaran terus ke akaun bank dalam 14 hari selepas kelulusan.
SEMAKAN JUMLAH KELAYAKAN STR BUJANG 2025

- Sila layari laman rasmi STR 2025 di sini: Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik (TUTUP) untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang (Log Masuk)
- Untuk pengesahan nombor kad pengenalan, klik pula butang (Semak)
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan klik (YA) sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan
- Klik pada bahagian (Semakan Permohonan)
- Seterusnya, klik pada butang (Semakan 2025) di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang ( MAKLUMAT BAYARAN)
- Status semakan jumlah STR 2025 dipaparkan
- Selesai
JADUAL PENUH PEMBAYARAN STR BUJANG 2025

Kerajaan telah mengumumkan Pembayaran STR Fasa 1 bermula pada 22 januari 2025 , manakala jadual penuh pembayaran STR 2025 mengikut fasa adalah seperti berikut :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang Soalan atau maklumat lanjut sila pergi ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di Pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.
SOALAN LAZIM STR BUJANG 2025
Bilakah permohonan STR 2025 akan dibuka?
Permohonan STR 2025 akan dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024.
Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan sepanjang tahun?
Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.