STR Fasa 2 2025 : Semakan Status dan Tarikh Agihan Bayaran

Semak disini Status Kelayakan dan Tarikh Agihan STR Fasa 2 2025 : Jumlah Bayaran Penerima yang layak terdiri daripada keluarga B40 dan M40 adalah mengikut status pendapatan isi rumah bagi yang berkeluarga , ataupun individu bagi warga emas tiada pasangan dan bujang.

Baca Juga : Jadual Bayaran SARA 2025 (Sumbangan Asas Rahmah)

STR Fasa 2 2025

STR ataupun Sumbangan Tunai Rahmah ialah bantuan kerajaan khusus untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang betul-betul memerlukan. Tujuannya adalah meringankan beban kos sara hidup melalui bantuan kewangan terus kepada golongan layak.

Melalui penyasaran semula subsidi, kerajaan berupaya memperkukuh pemberian STR 2025. Langkah ini memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus mendapat sokongan sewajarnya, selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Syarat Kelayakan STR Fasa 2 2025

Pemohon layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

a) Isi Rumah

  • Status Perkahwinan:
    Berkahwin
    Ibu/Bapa tunggal/balu/janda/duda dengan anak yang memenuhi syarat
  • Pendapatan:
    Pendapatan isi rumah ≤ RM5,000 sebulan

b) Warga Emas Tiada Pasangan

  • Status:
    Bujang/ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda TANCAI anak yang layak
  • Umur:
    60 tahun ke atas
  • Pendapatan:
    Pendapatan ≤ RM5,000 sebulan

c) Bujang

  • Status:
    Bujang/ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda TANPA anak layak
  • Umur:
    21–59 tahun (OKU: 19 tahun ke atas)
  • Pendidikan:
    BUKAN pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa
  • Pendapatan:
    Pendapatan ≤ RM2,500 sebulan

Permohonan STR Fasa 2 2025

Permohonan STR mestilah melalui Sumber Rasmi:

Langkah 1: Daftar/Pastikan Kelayakan

  1. Semak syarat kelayakan STR 2025:
    • Isi rumah (pendapatan ≤ RM5,000).
    • Warga emas tiada pasangan (≥60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000).
    • Bujang (pendapatan ≤ RM2,500).
      (Rujuk Portal STR untuk syarat penuh).

Langkah 2: Kemaskini Maklumat

  1. Buka Portal STR:
  2. Kemaskini data jika perlu:
    • Alamat terkini.
    • Status perkahwinan/keluarga.
    • Maklumat bank (akaun aktif atas nama pemohon).

Langkah 3: Sediakan Dokumen

Dokumen Wajib:

  • Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
  • Sijil perkahwinan/penceraian (jika berkenaan).
  • Penyata pendapatan (contoh: slip gaji, penyata KWSP).
  • Penyata akaun bank (untuk pengesahan nombor akaun).

Langkah 4: Hantar Permohonan

  1. Isi borang permohonan di Portal STR:
    • Pilih kategori (Isi Rumah/Warga Emas/Bujang).
    • Masukkan maklumat mengikut dokumen sokongan.
  2. Muat naik dokumen dalam format PDF/JPEG (saiz fail ≤ 2MB).
  3. Klik “Hantar” dan simpan nombor rujukan permohonan.

Langkah 5: Semak Status Permohonan

  1. Semakan online:
    • Log masuk ke Portal STR > “Semakan Status”.
    • Masukkan No. Kad Pengenalan dan nombor rujukan.
  2. Tempoh proses:
    • Biasanya 30 hari bekerja (bergantung pada jumlah permohonan).

Langkah 6: Terima Pengesahan

  1. Notifikasi melalui:
    • SMS ke nombor telefon berdaftar.
    • E-mel (jika ditambah dalam profil).
  2. Penerimaan kelulusan:
    • Bayaran terus ke akaun bank dalam 14 hari selepas kelulusan.

Bantuan Tambahan:

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2025

Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Kadar bayaran adaalah seperti berikut :

BANTUAN ISI RUMAH
Pendapatan ≤ RM2,500 Anak ≥ 5 RM2,500
Anak 3-4 RM2,000
Anak 1-2 RM1,500
Anak 0 RM1,000
Pendapatan RM2,501 – RM5,000 Anak ≥ 5 RM1,250
Anak 3-4 RM1,000
Anak 1-2 RM750
Anak 0 RM500
WARGA EMAS TANPA PASANGAN
Pendapatan ≤ RM5,000 RM600
BUJANG
Pendapatan ≤ RM2,500 RM600
Jumlah bantuan STR Fasa 2 2025

Kaedah Pembayaran Bantuan STR Fasa 2 2025

Pembayaran Bantuan STR Fasa 2 tahun 2025 melalui dua cara iaitu

  • Kredit ke Akaun Bank : Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit

Cara Semak Kelayakan STR Fasa 2 2025 :

Ikuti Langkah berikut untuk semak kelayakan STR Fasa 2 2025.

log masuk str fasa 2 2025
  • Sila layari laman rasmi STR 2025 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Halaman utama portal akan dipaparkan, klik ITUTUP) untuk pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang pada ruangan yang disediakan.
  • Sila klik pada butang (Log Masuk)
  • Untuk pengesahan nombor kad pengenalan, klik pula butang (Semak)
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan klik (YA) sekiranya betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan
  • Klik pada bahagian (Semakan Permohonan)
  • Seterusnya, klik pada butang (Semakan 2025) di bawah.
  • Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  • Kemudian, klik pada butang ( MAKLUMAT BAYARAN)
  • Status bayaran fasa 2 akan dipaparkan
  • Selesai
keputusan layak str fasa 2 2025

Anda juga boleh menyemak kelayakan STR Fasa 2 2025 melalui kaedah berikut :

  1. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  2. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  3. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Jadual Pembayaran STR Fasa 2 2025

Kerajaan telah mengumumkan Pembayaran STR Fasa 1 bermula pada 22 januari 2025 , manakala jadual penuh pembayaran STR 2025 mengikut fasa adalah seperti berikut :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

STR Fasa 2 akan diagihkan pada bulan April 2025 bergantung kepada keputusan kementerian kewangan.

Soalan Lazim STR Fasa 2 2025

Bilakah Permohonan STR 2025 akan dibuka?

Permohonan STR 2025 dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024

Di manakah saya boleh menghantar Borang Permohonan STR yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan?

Borang STR 2025 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima.

Saya berstatus bujang tetapi mempunyai anak angkat. Adakah saya layak untuk memohon sebagai isi rumah?

Tidak. Sekiranya anda berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin, anda tidak layak untuk memohon kategori isi rumah. Namun, permohonan kategori Bujang boleh dibuat sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Maklumat Lanjut STR Fasa 2 2025

Sebarang Soalan atau maklumat lanjut sila pergi ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di Pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Penafian

STR Fasa 2 2025 by Bantuan Kerajaan : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment