STR Fasa 3 2024 : Tarikh Pembayaran STR

Tarikh Pembayaran STR Fasa lepas adalah pada bulan April sewaktu Hari Raya Aidilfitri, ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh Pembayaran STR Fasa 3 2024 .

Ramai yang menjangkakan Perdana Menteri Akan mengu,mumkan tarikh pembayaran STR Fasa3 2024 sewaktu beliau berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 19.

Tetapi sehingga kini belum ada lagi pengumuman yang rasmi berkenaan tarikh pembayaran STR .

Tarikh Pembayaran STR
STR Fasa 3 2024 : Tarikh Pembayaran STR 5

Tarikh Pembayaran STR Fasa 3 2024

Menurut jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jadual bayaran STR Fasa 3 akan diagihkan pada bulan OGOS 2024.

Namun tidak dinyatakan secara spesifik pada tarikh yang tepat.

Pengumuman rasmi Pembayaran Fasa 3 STR akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim juga selaku menteri kewangan Malaysia.

Jadual yang telah dikeluarkan oleh Pihak LHDN mengenai Pembayaran STR adalah seperti berikut :

  • Fasa 1 : Febuari 2024
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Cara Semakan Status STR Fasa 3 Secara Online :

  • layari Laman Web Rasmi HASIL : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan log masuk
  • Tekan butang Semak
  • Sahkan kod keselamatan
  • Tekan ‘Semakan Permohonan’
  • Status permohonan akan di paparkan.

Apakah itu STR ?

STR adalah singkatan kepada Sumbangan Tunai Rahmah, Bantuan Tunai yang dihulurkan oleh kerajaan untuk Rakyat Malaysia mengikut kategori kelayakan.

Bagi tahun 2024, Bantuan ini telah ditingkatkan lagi dengan adanya Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bantuan tambahan secara bulanan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar , B40 dan M40.

Setakat ini, Penerima telah mendapat Sumbangan Tunai Rahmah STR fasa 1 dan Fasa 2, Fasa 3 akan diagihkan tidak lama lagi.

Berapakah Jumlah Bayaran STR Fasa 3 2024 ?

Jumlah Bayaran STR Fasa 3 adalah mengikut kategori :

  • Isi Rumah : Sehingga RM3200
  • Warga Emas tiada pasangan : Sehingga RM1800
  • Bujang : Sehingga RM950

Jumlah bayaran terperinci adalah mengikut gambar dibawah :

Tarikh pembayaran STR 2
STR Fasa 3 2024 : Tarikh Pembayaran STR 6
nilai bantuan str bujang
STR Fasa 3 2024 : Tarikh Pembayaran STR 7
nilai bantuan str warga emas
STR Fasa 3 2024 : Tarikh Pembayaran STR 8
Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *