Sumbangan tunai rahmah ataupun STR Fasa 3 2024 akan di kreditkan setelah Fasa 2 telah dikreditkan ke akaun penerima pada 3 April 2024 yang lepas.
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu seluruh rakyat malaysia untuk mengharungi kenaikan kos sara hidup yang sering menjadi isu pada masa kini.
Namun, bilakah str fasa 3 akan di kreditkan dan berapakah jumlah yang akan diberikan? berikut kami akan kongsikan mengenai maklumat terkini STR Fasa 3 mengenai Jadual Bayaran dan juga Jumlah Bayaran
Table of Contents
Apakah Itu STR Fasa 3 ?
STR ataupun Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif dibawah konsep payung rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, Bantuan ini telah ditingkatkan lagi dengan adanya Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bantuan tambahan secara bulanan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar , B40 dan M40.
Setakat ini, Penerima telah mendapat Sumbangan Tunai Rahmah STR fasa 1 dan Fasa 2, Fasa 3 akan diagihkan tidak lama lagi.
Berapakah Jumlah Bayaran STR Fasa 3 2024 ?
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 adalah mengikut kategori seperti berikut:
- Isi Rumah
- Individu Bujang & OKU Berumur 19-59 Tahun
- Individu Warga emas Bujang / Tiada Pasangan Berumur 60 Tahun keatas
Sila Rujuk Gambar dibawah untuk Jumlah Bayaran STR Fasa 3 2024.
Isi Rumah
Individu Bujang & OKU Berumur 19-59 Tahun
Individu Bujang dan OKU yang berumur 19-59 Tahun dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM2500.00 Layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah sebanyak RM350.
Individu Warga emas Bujang / Tiada Pasangan Berumur 60 Tahun keatas
Sumbangan Tunai Rahmah Individu Warga emas Bujang / Tiada pasangan berumur 60 tahun keatas adalah sebanyak RM 600.00
Tempoh Permohonan Baharu dan Tarikh Kemaskini Maklumat STR Fasa 3 2024
bagi memperluaskan lagi permohonan STR fasa 3 di Malaysia. Tempoh permohonan Baharu dan Kemaskini Maklumat boleh dilakukan sepanjang tahun bermula daripada 1 November 2023.
Pemohon digalakkan untuk membuat permohonan baharu dan kemaskini maklumat secara dalam talian ataupun hadir ke kaunter LHDN berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Cara Semak STR Fasa 3 2024 Secara Online
Berikut merupakan 6 langkah mudah untuk semak permohonan sumbangan tunai rahmah secara online .
- Layari Laman web MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor Mykad Pemohon dan tekan butang Log Masuk
- Setelah Log masuk, Tekan butang ‘Semak’ dan sahkan kod keselamatan,
- seterusnya, masukkan kata laluan yang tepat dan tekan butang ‘Log Masuk’
- Tekan pada ruangan ‘semakan Permohonan’ yang dipaparkan pada menu utama
- Status Permohonan akan dipaparkan.
Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2024
Jadual bayaran STR adalah seperti yang berikut :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Jadual bagi fasa 3 dan juga fasa 4 akan diumumkan kemudian, sila ikuti Channel Telegram Rasmi kami dan juga channel Whatsapp agar anda tidak terlepas info-info berkaitan sumbangan kerajaan yang akan disampaikan sepanjang Tahun.
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/Deskriptf
Maklumat Lanjut Berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2024
Sekiranya anda ingin menyemak lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah secara lengkap, anda bolehlah terus pergi kehalaman rasmi MySTR di Pautan dibawah: