Semakan STR MYKASIH 2025 Online Sumbangan Asas Rahmah. Bermula 2025, Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan MySARA secara bulanan. Kadar BantuanSTR MYKASIH 2025 ditingkatkan kepada RM2,100 untuk Tahun 2025 berbanding RM1,200 pada Tahun 2024.
ini bermakna setiap keluarga akan mendapat RM200 Setiap bulan bermula pada bulan april sehingga disember 2025. bantuan akan disalurkan terus kedalam mykad penerima dan boleh terus menggunakan bantuan untuk membeli barang keperluan yang diluluskan kerajaan.
Semak sekarang barangan yang diluluskan STR MYKASIH 2025 kerajaan.
Table of Contents
Baca Juga : STR Maybank 2025 : Jadual Waktu Pengagihan Penerima
Apakah itu STR MYKASIH 2025 ?
STR MYKASIH atau (Sumbangan Asas Rahmah) merupakan bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar Sebanyak RM2,100 pada Tahun 2025.
Hikmah bantuan ini agar pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan kad pengenalan di kedai runcit berdaftar. SARA pada Tahun 2025 akan disalurkan melalui Mykad secara bulanan kepada penerima dan penggunaan Mykad termasuk Sabah dan Sarawak.
Bagi Tahun 2025, kerajaan telah memperluas penyaluran SARA melalui Mykad ke Negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.
KADAR BANTUAN STR MYKASIH 2025
Kadar Bantuan STR MYKASIH 2025 ditingkatkan kepada golongan miskin & miskin tegar bakal menerima RM2,100 .
Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan pada bulan Januari sehingga Mac 2025. Bermula bulan April sehingga disember, RM200 akan dikreditkan kedalam Mykad penerima SARA.
Berikut merupakan Butiran penyaluran SARA pada tahun 2025 :
Isi Rumah (STR & eKasih)
- Jumlah: RM2,100
- Januari – Mac: RM100
- April -Disember: RM200
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)
- Jumlah: RM1,650
- Januari – Mac: RM100
- April -Disember: RM150
Bujang (STR & eKasih)
- Jumlah: RM600
- Januari – Mac: –
- April-Disember: RM50
Isi Rumah (STR sahaja)
- Jumlah: RM900
- Januari – Mac: –
- April-Disember: RM100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)
- Jumlah: RM450
- Januari – Mac: –
- April-Disember: RM50
Cara Memohon STR MYKASIH
Permohonan boleh dilakukan melalui laman web rasmi MySTR melalui permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Kelayakan adalah secara automatik melalui data yang dimasukkan kedalam permohonan STR. Permohonan STR dibuka sepanjang tahun.
SYARAT KELAYAKAN STR MYKASIH
Syarat Kelayakan terbahagi kepada 2 kategori iaitu Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Semakan Kelayakan STR MYKASIH

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:
- Surat Pemakluman
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
.
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
- Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
- Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
.
- Semakan terus melalui portal rasmi
- Semakan kelayakan SARA • Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
.
- Menghubungi
- Semakan kelayakan SARA
- BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
- Semakan pelaksanaan SARA
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Semakan kelayakan SARA
Jadual Pembayaran STR MYKASIH 2025
Jadual pembayaran semua kategori STR MYKASIH adalah seperti berikut :

Cara Menggunakan STR MYKASIH 2025
6 Langkah Pembelian Barang Keperluan SARA di kedai Seperti Berikut :
- Pilih barang keperluan:
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Tukar Nombor Pin:
Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu. - Imbas Kod Barangan:
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad:
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan:
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Soalan Lazim Pembelian Bantuan STR MYKASIH
Soalan 1: Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?
Jawapan : Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Soalan 2 : Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?
Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.
Soalan 3: Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?
Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2025.
Soalan 4: Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?
Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.
Maklumat Lanjut
- Maklumat penuh berkenaan soalan lazim dan juga SARA 2025 , sila pergi ke laman web rasmi mySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ,
- atau boleh memuat turun risalah soalan lazim penuh berkenaan SARA 2025 di pautan : chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf ,
- atau pergi ke laman web rasmi myKasih di pautan : https://www.mykasih.com.my/
Penafian
SARA 2025 by Deskriptif : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.