Sumbangan Asas Rahmah : Semakan (SARA) Tahun 2025

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Perbelanjaan keperluan asas kebiasaannya menjadi tanggungjawab setiap manusia. Namun, kadang kalanya harga barangan tidak menentu dan sukar dikawal. Oleh itu, bagi meringankan bebanan kos perbelanjaan barangan keperluan asas, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan setiap bulan.

Semak artikel dibawah Menerangkan Bagaimanakah Cara membuat semakan Sumbangan Asas Rahmah 2025 .

Maksud Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif di bawah Program MyKasih hasil kerjasama dengan kerajaan, untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas.

Bantuan ini berfungsi sebagai tambahan dan lanjutan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR 2025 berdasarkan data kelulusan STR 2025, serta kepada kumpulan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih, tanpa memerlukan sebarang permohonan.

Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar.

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah

Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah terbahagi kepada 2 kategori iaitu Miskin Tegar dan Miskin eKasih :

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Cara mohon Sumbangan Asas Rahmah

Semakan Sumbangan Asas Rahmah

Permohonan MYKASIH boleh dilakukan melalui laman web rasmi MySTR melalui permohonan Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Kelayakan adalah secara automatik melalui data yang dimasukkan kedalam permohonan STR. Permohonan STR adalah dibuka sepanjang tahun.

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

  1. Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  3. Semakan terus melalui portal rasmi
  4. Menghubungi
    • Semakan kelayakan SARA
      • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
      • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • Semakan pelaksanaan SARA
      • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Jumlah Bantuan yang akan diterima oleh penerima SARA terbahagi kepada dua seperti dibawah:

  • Kategori Penerima (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima STR (Bukan Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM100 sebulan)
Bujang

Jadual Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah Mengikut Bulan

Pembayaran Permohonan MyKASIH akan disalurkan pada awal setiap bulan bergantung kepada Hari Bekerja . Jadual Penuh setiap bulan adalah seperti berikut.

BulanTarikhMasa
Januari1 Januari8:00 AM
Februari1 Februari8:00 AM
Mac1 Mac8:00 AM
April1 April8:00 AM
Mei1 Mei8:00 AM
Jun1 Jun8:00 AM
Julai1 Julai8:00 AM
Ogos1 Ogos8:00 AM
September1 September8:00 AM
Oktober1 Oktober8:00 AM
November1 November8:00 AM
Disember1 Disember8:00 AM

Atau boleh semak gambar jadual dibawah :

Sumbangan Asas Rahmah

Senarai Barangan Sumbangan Asas Rahmah Yang Boleh Dibeli

13 Kategori barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian SARA antaranya ialah: Beras, Rotim Tekur, Minyak Masak, Tepung, Biskut, Mi Segera, Minuman, Makanan dalam Tin, Bahan Perasa, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan dan Barang Persekolahan.

Berikut adalah beberapa jenama barang yang boleh dibeli menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui program MyKasih:

Sumbangan Asas Rahmah
  1. Beras: Beras Faiza, Jasmine, Sunwhite
  2. Roti: Gardenia, Massimo
  3. Telur: Nutriplus, LTK
  4. Minyak masak: Seri Murni, Knife, Vesawit
  5. Tepung: Cap Sauh, Cap Ros
  6. Biskut: Hup Seng, Julie’s
  7. Mi segera: Maggi, Mamee
  8. Minuman: Milo, Nescafe
  9. Makanan dalam tin: Ayam Brand, King Cup
  10. Bahan perasa: Adabi, Maggi
  11. Produk kebersihan: Dettol, Lifebuoy
  12. Ubat-ubatan: Panadol, Uphamol
  13. Barangan persekolahan: Faber-Castell, Staedtler

Penerima Sumbangan Asas Rahmah boleh membeli barangan ini di pasaraya dan kedai runcit terpilih seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, dan Lotus Stores (Tesco) dan banyak lagi cawangan.

Cara Menggunakan Mykad Sumbangan Asas Rahmah

Pembelian boleh dilakukan di mana mana cawangan kedai diluluskan oleh kerajaan. Semakan kedai dilakukan secara online di pautan : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Apabila sampai di kedai runcit, ataupun pasaraya, sila ikuti 6 langkah berikut :

sumbangan asas rahmah
  1. Pilih barang keperluan:
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin:
    Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas Kod Barangan:
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad:
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan:
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Maklumat Lanjut

Maklumat Lanjut mengenai SARA , anda boleh pergi ke laman web rasmi pautan dibawah :

Penafian

SARA 2025 by Deskriptif : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment