Kerajaan telah meningkatkan kualiti program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.
Program yang telah dilancarkan pada 22 Januari 2024 ini adalah untuk meningkatkan ekonomi rakyat yang berada dalam serba kekurangan.
Kerajaan juga telah memperluaskan lagi penerima SARA merangkumi golongan ‘miskin’ dan ‘miskin tegar’ berbanding sebelum ini hanya diberikan kepada golongan ‘miskin tegar’ sahaja.
kadar bantuan sara juga ditingkatkan daripada RM600 setahun kepada RM1200 setahun, manakala kadar bantuan golongan bujang adalah kekal RM600.
Maklum balas daripada penerima juga diambil kira apabila penggunaan kredit diperluas daripada makanan asas kepada tiga lagi kategori barangan asas tambahan iaitu
- barangan Kebersihan diri
- ubat-ubatan
- peralatan persekolahan.
Table of Contents
Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah merupakan sumbangan tambahan kepada penerima STR yang berstatus miskin dan miskin tegar eKasih yang berjumlah RM1200 untuk isi keluarga dan RM600 untuk golongan Bujang.
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
berikut merupakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah :
- Warganegara Malaysia
- Lulus STR
- Tersenarai sebagai penerima miskin tegar / miskin eKasih dalam rekod eKasih
Bagaimana Memohon Sumbangan Asas Rahmah SARA?
Rakyat tidak perlu memohon Sumbangan ini kerana program ini secara automatik diberikan kepada mereka yang mempunyai data Miskin/Miskin Tegar eKasih sehingga tarikh 31 Oktober 2023 dan lulus STR 2024 Sahaja.
Bagaimanakah Program Sumbangan Asas Rahmah Dilaksanakan?
Semenanjung: Bantuan cashless diberikan berjumlah RM100/RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan. Produk yang tersenarai sahaja boleh dibeli menggunakan MyKad
Sabah/Sarawak/Labuan: Bayaran RM600/300 dua kali setahun pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 kedalam akaun bank secara tunai sama seperti STR.
Data alamat penerima SARA diambil berdasarkan maklumat yang terdapat dalam data STR.
Bagaimana Cara Menyemak Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ?
Semakan boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui laman web STR ataupun melalui laman web rasmi MyKasih.
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my
Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi talian :
- Semakan kelayakan SARA : 1800882747 (9:00 pagi – 5:00 petang)
- MOF : 0388824565/0388824566 (9:00 pagi – 5:00 petang)
- Mykasih : 0377201800 (9:00 pagi – 5:00 petang) – semenanjung sahaja.
Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah di Semenanjung
Jadual Bayaran SARA adalah seperti yang berikut :
- Januari : RM100
- Februari : RM100
- MAC : RM100
- April : RM100
- Mei : RM100
- Jun : RM100
- Julai : RM100
- Ogos : RM100
- September : RM100
- Oktober : RM100
- November : RM100
- Disember : RM100
Jumlah keseluruhan : RM1200, manakala untuk bujang adalah RM600/12 bulan.
Semak Baki SARA, Barangan dan Kedai Yang Terdekat
Semakan boleh dilakukan di applikasi MYKASIH yang boleh didapati di Google Playstore dan App Store.
baca juga :
Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.