Tips Menjawab Soalan SPA9 – Bahagian Psikometrik

Tips Menjawab Soalan SPA9 – Bahagian psikometrik merupakan soalan yang paling mencabar apabila menjawab Soalan Ujian SPA9 kerana Soalan psikometrik ini tidak mempuyai jawapan yang betul atau salah.

Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Pihak SPA9 lah yang yang akan menilai jawapan bergantung atas kekosongan jawapan.

Jadi, setiap jawapan yang anda pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA9 inginkan. Berikut merupakan cara menjawab soalan spa9 dan cara SPA menilai sesuatu soalan ujian psikometrik.

Menjawab Soalan SPA9 Dengan Menunjukkan Sikap Sebenar Anda

menjawab soalan spa9

Kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini dikelompokkan secara rawak. ini adalah rahsiah menjawab soalan spa9 yang ramai tidak tahu. Contohnya, soalan 1, soalan 2, dan soalan 3 diuji di bawah skop penilaian yang sama untuk mengukur konsistensi pendapat anda di antara ketiga-tiga soalan tersebut.

CONTOH SOALAN 1 : Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan ini bertujuan untuk mengenal pasti cara anda bersosial. Jika anda suka bersosial, pilihan jawapan yang sesuai adalah “SANGAT KERAP”. Namun, jika anda kurang bersosial, jawapan yang lebih sesuai adalah “TIDAK PERNAH” atau “KADANG-KADANG”, kerana ini mencerminkan diri anda dengan lebih tepat.

  • TETAPKAN PENDIRIAN ANDA

Soalan 2 dan soalan 3 berfungsi untuk mengesahkan jawapan anda terhadap soalan 1. Penting untuk anda mengekalkan konsistensi pendirian anda dalam menjawab ketiga-tiga soalan ini.

CONTOH SOALAN 2 : Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru yang dikenali menunjukkan sifat peramah seseorang. Jika anda suka berkawan dengan semua orang, pilihan jawapan yang sesuai adalah “KERAP” atau “SANGAT KERAP”. Jika anda kurang gemar bergaul dengan orang yang tidak dikenali, pilihan jawapan yang lebih tepat adalah “KADANG-KADANG” atau “TAK PERNAH”.

CONTOH SOALAN 3 : Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Jika anda suka bersosial, jawapan yang paling tepat adalah “TIDAK SETUJU” atau “SANGAT TIDAK SETUJU”. Jika anda kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat adalah “SETUJU” atau “SANGAT SETUJU”.

SPA akan menilai konsistensi jawapan anda untuk mengukur cara anda bersosial. Jika berdasarkan soalan diatas. Nilai Jawapan anda SUka Bersosial VS

Suka Bersosial :

Soalan 1: Setuju
Soalan 2: Setuju
Soalan 3: Tidak Setuju

Tidak Suka Bersosial :

Soalan 1: Tidak Setuju
Soalan 2: Tidak Setuju
Soalan 3: Setuju

Pihak SPA menggunakan tiga soalan ini untuk menilai sama ada calon suka bersosial atau tidak. Konsistensi jawapan di antara soalan 1, soalan 2, dan soalan 3 membantu menunjukkan kejujuran calon dalam menjawab. Tujuannya adalah untuk mengelompokkan calon sebagai introvert atau ekstrovert berdasarkan gaya bersosial mereka.

Terdapat Kelebihan dan kekurangan antara mereka yang introvert dan extrovert, Pihak SPA9 akan menilai mana yang sesuai untuk diserap masuk kedalam temuduga SPA9 , samada Introvert atau Extrovert.

deskriptif thinking

Penutup

Dengan adanya artikel ini kami berharap agar tips menjawab soalan ujian psikometrik ini dapat membantu anda dalam persediaan menjawab soalan spa9 nanti. Ramai calon gagal dalam ujian ini kerana apabila mereka menjawab soalan spa9, jawapan mereka tidak konsisten. Oleh itu, penting untuk memberi perhatian kepada konsistensi semasa menjawab ujian.

Maklumat Lanjut Cara Menjawab soalan SPA9

Untuk maklumat lanjut cara menjawab soalan spa9, anda boleh semak laman web rasmi spa9 untuk mengetahui butiran seperti masa menjawab, dan juga bahagian-bahagan soalan.

Pautan rasmi SPA9 : https://spa9.spa.gov.my/login

Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment