Tips Temuduga : 98% Calon Berjaya Dapat Kerja

Tips Temuduga – Tahniah kerana anda telah layak mendapat penggilan temuduga kerja, Selangkah sahaja lagi sebelum anda akan mendapatkan pekerjaan yang anda idamkan.

Disini kami akan kongsikan beberapa tips temuduga yang wajib anda baca sebelum menghadiri panggilan temuduga. Tips temuduga ini sedikit sebanyak akan membantu proses temuduga anda berjalan dengan lancar.

Tips dan panduan temuduga ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga.

tips temuduga deskriptif.com

Tips Temuduga (Sebelum Temuduga)

Beberapa hari sebelum menghadapi temuduga, anda boleh membuat persediaan seperti berikut:

tips temuduga 2
  • Dapatkan Maklumat Mengenai Syarikat

Tips temuduga yang pertama ialah dapatkan maklumat tentang keuntungan syarikat, faedah pekerja, operasi, corak kepimpinan, dan lain-lain yang berkaitan dengan syarikat . Gunakan portal rasmi syarikat untuk mencari maklumat tentang syarikat.

  • Berlatih Menjawab Soalan

Selain itu, tips temuduga yang kedua, anda hendaklah banyak berlatih menjawab soalan-soalan yang selalu disoal ketika temuduga . Sebagai contoh “Sila ceritakan tentang diri anda” atau “mengapa anda memilih untuk bekerja di syarikat ini?”. Hal ini dapat membantu anda menjawab soalan dengan lebih yakin.

  • Fahami Tugas Kerja

Cetak, baca, dan fahami kemahiran yang diperlukan oleh syarikat. Dan fikirkan contoh kerja yang pernah anda lakukan yang berkaitan.

  • Gunakan Kaedah “STAR”

Tips temuduga yang paling penting adalah Berdasarkan pengalaman kerja anda , anda boleh menjawab soalan temuduga menggunakan kaedah “STAR” untuk bercerita dengan jelas . Situasi (Situation), Tugas (Task). Tindakan (Action) dan Hasil (Result).

  • Berlatih Bersama Rakan atau Pasangan

Berlatih menjawab soalan dengan baik dan jelas merupakan cara persediaan yang berkesan. Minta rakan anda untuk menjawab soalan dan berikan jawapan. Dengan cara ini, anda akan menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan temuduga nanti.

  • Sediakan Senarai Rujukan

Penemuduga mungkin meminta anda untuk menyediakan senarai rujukan sebelum atau selepas temuduga. Menyediakan senarai rujukan dengan lebih awal dapat membantu anda bersedia untuk langkah seterusnya.

  • Bersedia dengan Contoh Kerja

Anda mungkin akan ditanya mengenai pengalaman kerja terdahulu. Berikan contoh kerja yang berkaitan , apa yang anda faham berkaitan proses kerja terdahulu dan kejayaan yang telah anda capai.

  • Sediakan Soalan untuk Pemenuduga

Berikut merupakan beberapa soalan yang sesuai untuk ditanyakan kepada penemuduga anda :

  1. Bolehkah anda terangkan tugas ini dengan lebih terperinci?
  2. Bagaimanakah ciri-ciri seseorang yang berjaya dalam jawatan ini?
  3. Bagaimana prestasi saya akan dinilai jika saya mendapat jawatan ini? Berapa kerap penilaian dilakukan?
  4. bahagian berkerja manakah yang dilakukan dalam satu pasukan?
  5. Bagaimanakah proses kerjasama di antara bahagian-bahagian dalam syarikat ini?
  6. Apakah bentuk proses temuduga di syarikat ini?
  7. Apakah cabaran yang selalu dihadapi dalam pekerjaan ini?

Pastikan anda tidak bertanya soalan-soalan yang sensitif semasa temuduga.

  • Sedia Pakaian Temuduga Awal Sehari

Pastikan anda menyediakan pakaian sesuai untuk temuduga sekurang-kurangnya sehari sebelumnya. Jika tidak pasti tentang cara berpakaian yang sesuai, minta pandangan daripada rakan-rakan anda.

Tips Temuduga (Semasa Temuduga)

  • Bawa Salinan Resume dan Dokumen yang Lengkap

Pastikan anda menyediakan lima salinan resume yang menarik untuk diserahkan kepada penemuduga. Semak dengan teliti dokumen yang perlu dibawa dan tidak perlu dibawa semasa temuduga.

  • Tiba Awal di lokasi Temuduga

Tiba awal 10-15 minit sebelum sesi temuduga dijalankan. Rancang perjalanan anda dengan sempurna.

  • First Impression

Pastikan anda menjaga personaliti anda dengan baik . Pakai pakaian yang bersih dan berbau wangi. Pastikan anda menggunakan bahasa badan yang betul dan sentiasa senyum sepanjang sesi temuduga dijalankan.

  • Menghormati Orang Lain

Hormati semua staf atau pekerja di syarikat tersebut dengan baik. Kadangkala terdapat majikan atau penemuduga yang akan mendapatkan maklumbalas calon daripada pekerja mereka untuk membantu keputusan mereka

  • Amalkan Adab yang Baik dan Bahasa yang Sopan

Tunjukkan bahasa badan yang beradab semasa temuduga. Duduk atau berdiri dengan sikap yang betul. Ambil nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan untuk mengurangkan kegelisahan.

  • Menjadi Diri Sendiri

Jadilah diri sendiri semasa temuduga. Ini akan membuat penemuduga merasa lebih selesa dengan anda dan sentiasa bersikap positif dengan senyuman.

  • Menjawab Soalan dengan Jujur

Jawab semua soalan dengan jujur dan fokus pada kelebihan utama diri anda dan latar belakang diri untuk memenuhi syarat jawatan tersebut. Anda tidak perlu menjawab soalan-soalan peribadi .

  • Kaitkan Jawapan Dengan Kemahiran Anda

Kaitkan setiap jawapan tentang kemahiran diri anda . Hal ini dapat menarik keyakinan penemuduga terhadap diri anda

  • Memberi Jawapan yang Ringkas dan Tepat

Masa yang diberikan oleh penemuduga adalah singkat , Anda perlu menjawab dengan fokus soalan yang diberikan .

  • Jangan Bercakap Negatif Tentang Majikan Anda Sebelum lni

Jangan menceritakan masalah anda dengan majikan sebelum ini pada penemuduga. Ini boleh membuatkan penemuduga memberikan pandangan yang negatif tentang diri anda .

Tips Temuduga (Selepas Temuduga)

tips temuduga 3
  • Tanya Mengenai Langkah Seterusnya

Setelah selesai, anda boleh bertanya soalan seperti “apa yang anda harapkan seterusnya”. Mungkin anda akan menerima emel susulan seperti keputusan temuduga anda.

  • Hantar E-Mail Terima Kasih Secara Peribadi

hantar e-mail kepada penemuduga setelah sesi temuduga selesai dan ucapkan terima kasih serta masukkan nota yang anda telah catat semasa sesi temuduga dijalankan.

  • Follow up

Hantar E-mail kepada penemuduga mengenai keputusan temuduga dan tunjukkan usaha yang anda betul-betul ingin mendapatkan pekerjaan tersebut.

sumber: vitech

Leave a Comment